• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Elaun sukarelawan Covid-19 dinaikkan daripada RM50 ke RM100/hari

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:11 pm
  • 23/06/2021
  • Komen
Elaun sukarelawan Covid-19 dinaikkan daripada RM50 ke RM100/hari
Share on FacebookShare on Twitter

Sukarelawan kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan menerima ganjaran yang lebih tinggi pada elaun harian mereka. Perdana Menteri Mahiaddin mengumumkan yang pihak kerajaan mempertingkat peruntukan elaun tambahan sebanyak RM180 juta untuk memanfaatkan kira-kira 19 ribu sukarelwaan berkenaan.

Buat yang bekerja lebih 12 jam bermula bulan ini, elaun harian mereka dipertingkat daripada RM50/hari kepada RM100/hari. Ia sebagai tanda penghargaan negara kepada mereka yang sedaya upaya menjayakan program pemvaksinan nasional yang kini semakin rancak.



Setakat 22 Jun 2021, sebanyak lebih 6.3 juta dos vaksin telah diedarkan dalam kalangan penduduk Malaysia. Daripada jumlah tersebut, lebih 4.5 juta adalah untuk dos pertama manakala lebih 1.7 juta adalah untuk dos kedua.

Sungguhpun jumlah dos vaksin yang diberikan kian meningkat hari demi hari, bilangan orang yang melengkapkan program pemvaksinan masih rendah dek kebanyakan penerima ialah daripada dos pertama.



Untuk yang menerima vaksin AstraZeneca, masa menunggu untuk dos kedua ialah sehingga 12 minggu lamanya, berbanding vaksin Pfizer dan Sinovac yang boleh disempurnakan dalam masa sebulan sahaja.

[Sumber: MalayMail]

Tags: COVID-19malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Elaun sukarelawan Covid-19 dinaikkan daripada RM50 ke RM100/hari

Elaun sukarelawan Covid-19 dinaikkan daripada RM50 ke RM100/hari

23 June 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN