• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Emart24 dibuka di Malaysia, sedia pelbagai produk Korea dari makanan sehingga kecantikan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:43 pm
  • 23/06/2021
  • Komen
Emart24 dibuka di Malaysia, sedia pelbagai produk Korea dari makanan sehingga kecantikan
Share on FacebookShare on Twitter

Emart24, merupakan sebuah kedai serbaneka Korea yang diasaskan pada tahun 2014. Ia telah berkembang pesat kepada lebih 5,500 kedai dalam hanya 7 tahun.

Kini, buat pertama kalinya kedai “Reserved” Emart24 telah dibuka di Malaysia bertempat di Bangsar South. Ia juga merupakan kedai yang pertama antara 300 kedai yang disasar untuk dibuka di Malaysia dalam tempoh 5 tahun akan datang.



Emart24 menawarkan makanan jalanan Korea yang segar, kopi, makanan ringan Korea eksklusif daripada jenama Emart24 sendiri seperti ‘I’m e’ dan ‘No Brand’. Turut disediakan pelbagai rangkaian produk kecantikan Korea termasuklah aneka pilihan kosmetik, produk penjagaan diri serta wangian.

View this post on Instagram

A post shared by emart24 (@emart24.my)

Dari segi keselamatan dan kualiti makanan, Emart24 komited memastikan semua bahan yang digunakan untuk makanan segar dan makanan sedia dimakan bersumberkan pembekal-pembekal yang diiktiraf halal.



Di Korea, Emart24 merupakan jenama kedai serbaneka pertama yang tidak menggunakan pekerja manusia, ia beroperasi melalui penerapan teknologi. Di sana, mereka terus meneroka peluang untuk menaik taraf perkhidmatannya seperti menyediakan kios pembayaran sendiri dan penjejakan pembelian, yang bertujuan mempertingkatkan pengalaman pelanggan.

Menurut Vuitton Pang, Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Malaysia, matlamat jangka panjang penubuhan cawangan ini di Malaysia adalah untuk memperkenalkan inovasi seperti di Korea secara berperingkat. Lebih-lebih lagi kini, perniaga dan pengguna lebih cenderung memilih pembayaran tanpa sentuhan.

Meskipun kedai “Reserved” Emart24 menawarkan pilihan lebih luas berbanding kedai ‘General’, pelanggan tetap dapat menikmati kualiti yang konsisten daripadanya. Kedai ‘General’ yang pertama akan mula beroperasi di Hartamas tidak lama lagi dan menampilkan tawaran tersendiri seperti makanan jalanan Korea.

Untuk promosi terkini dan maklumat lanjut mengenai Emart24, anda boleh layari laman sesawang rasminya di sini atau ikuti laman Facebook Emart24 Malaysia serta Instagramnya.

Tags: emart 24
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Emart24 dibuka di Malaysia, sedia pelbagai produk Korea dari makanan sehingga kecantikan

Emart24 dibuka di Malaysia, sedia pelbagai produk Korea dari makanan sehingga kecantikan

23 June 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN