• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro meterai perjanjian dengan Netflix, pelanggan akan boleh tonton Netflix di Ultra & Ulti Box

  • OLEH Najib
  • 4:05 pm
  • 24/06/2021
  • Komen
Astro meterai perjanjian dengan Netflix, pelanggan akan boleh tonton Netflix di Ultra & Ulti Box
Share on FacebookShare on Twitter

Astro hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan syarikat penstriman video popular, Netflix. Perjanjian antara keduanya telah dimeterai di mana perkhidmatan Netflix akan dibawa ke platform Astro.

Dengan kerjasama ini, pelanggan Astro bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi Ultra Box sejurus ia dilancarkan. Bagi pengguna dengan Ulti Box, ia akan disediakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.



Astro juga memaklumkan, pelanggan Astro akan boleh menguruskan akses pembayaran yuran Netflix mereka lebih mudah dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik. Ini memberi petunjuk bahawa pengguna perlu membayar lebih daripada pelan sedia ada untuk menonton Netflix. Tetapi ia pasti lebih murah berbanding melanggan Netflix berasingan.

Astro baru sahaja melancarkan perkhidmatan Disney+ Hotstar di platform mereka. Tetapi ia masih belum diintegrasikan ke dalam Ultra dan Ulti Box mereka. Pelanggan perlu menontonnya di peranti berbeza, malah pek Movie turut dinaikkan sebanyak RM5 untuk memberi akses percuma pelanggan Astro kepada Disney+ Hotstar. Yuran ini lebih murah berbanding RM54.90 untuk 3 bulan bagi langganan biasa Disney+ Hotstar.



Dalam pengumuman ini, Astro tidak memberikan sebarang penerangan tentang bilakah perkhidmatan ini akan bermula, hraga pelan dan kesediaannya. Mereka yang berminat, diminta untuk mendaftar minat di laman web https://astro.com.my/Netflix.

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata, “Kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No.1 bagi rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati. Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia.”

Tony Zameczkowski, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix berkata, “Rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo, kami percaya bahawa kisah-kisah terhebat seperti ini boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati oleh audiens seluruh dunia. Saya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro kerana kerjasama tersebut membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.”

Tags: astroAstro Ulti BoxNetflix
Najib

Najib

POPULAR

Astro meterai perjanjian dengan Netflix, pelanggan akan boleh tonton Netflix di Ultra & Ulti Box

Astro meterai perjanjian dengan Netflix, pelanggan akan boleh tonton Netflix di Ultra & Ulti Box

24 June 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

14 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN