• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengasas perisian antivirus McAfee ditemukan mati di Barcelona

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:05 am
  • 24/06/2021
  • Komen
Pengasas perisian antivirus McAfee ditemukan mati di Barcelona
Share on FacebookShare on Twitter

Pengasas perisian antivirus McAfee, John McAfee dilaporkan telah meninggal dunia sewaktu dalam tahanan di penjara Barcelona, Sepanyol. Laporan rasmi menunjukkan yang dia membunuh diri.

McAfee telah ditahan di sana sejak Oktober 2020 dan dalam proses ekstradisi kepada kerajaan Amerika Syarikat atas tuduhan mengelak cukai dan penipuan saham.



Tokoh ini tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Di Belize, sebuah negara di Amerika Selatan, dia dikehendaki oleh pihak polis dalam siasatan kematian seorang jiran dalam rumahnya. Namun, dia sempat melarikan diri ke luar negara sebelum pihak berkuasa Belize sempat menyoalsiasatnya.

Ada beberapa lagi salah laku dilaporkan ke atasnya, seperti pernah ditahan kerana mengendalikan senjata api di bawah pengaruh alkohol. Dia juga pernah ditahan di Republik Dominika kerana memiliki senjata api berkelas tentera.



John McAfee adalah antara pengasas perisian antivirus McAfee yang terkenal

Syarikat antivirus McAfee telah diambil alih oleh Intel dalam tahun 2010 pada nilaian USD7.68 billion dan menukar nama subsidiari yang telah diambil alih tadi kepada Intel Security dalam tahun 2014, bagi menjauhkan diri daripada terpalit dengan kontroversi John McAfee.

Maka, bolehlah anda katakan yang perisian antivirus dalam setiap pemasangan Windows sekarang adalah legasi McAfee.

Tags: antivirusjohn mcafeemcafee
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pengasas perisian antivirus McAfee ditemukan mati di Barcelona

Pengasas perisian antivirus McAfee ditemukan mati di Barcelona

24 June 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN