• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Windows 11: 6 perkara menarik tentangnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:51 am
  • 25/06/2021
  • Komen
Windows 11: 6 perkara menarik tentangnya
Share on FacebookShare on Twitter

Ada seribu satu naik taraf dibawakan oleh pasukan pembangun sistem operasi Windows 11 terutamanya pada segi antaramuka yang lebih segar. Tapi 6 perkara ini adalah yang paling ingin ditonjolkan mereka.

Snap Layout, Snap Group, dan Desktops

Bagi memperkemas cara organisasi tetingkap dilakukan, sehingga 4 tetingkap boleh dilekatkan di sisi tetingkap paparan serentak hanya dengan satu arahan. Sebelum ini, untuk mencapai hasil yang serupa, pengguna perlu meleretkan tetingkap satu demi satu.



Kemudian, sistem operasi akan mengingati kedudukan tetingkap itu dan apabila pengguna ingin pulang ke keadaan tersebut selepas melakukan kerja lain, ia boleh dilakukan dengan mudah.

Microsoft Store yang baharu

Windows 11 hadir dengan Microsoft Store yang direka baharu. Ia akan dipenuhi perisian menarik termasuklah APP platform Android. Hal ini bermakna, sistem operasi Windows mampu menjalankan aplikasi platform Android secara natif, tanpa sebarang emulator diperlukan.



Microsoft Teams

Perisian Microsoft Teams hadir secara default dalam setiap pemasangan Windows, sama seperti Skype. Mereka mungkin mengambil sedikit tips daripada Apple yang memasukkan FaceTime dalam setiap produk yang menyokongnya sejak sekian lama.

DirectX 12 Ultimate

Ini adalah API gaming terbaharu Microsoft dan katanya akan jadi penanda aras kepada dunia permainan digital generasi baharu. Apabila bermain game di Windows 11 menggunakan API ini, anda boleh jangkakan teknologi baharu seperti ray tracing, mesh shader, variable rate shading, dan banyak lagi disokong olehnya.

Untuk menikmati segala ciri-ciri baharu ini, hanya kad GPU GeForce RTX menyokongnya setakat ini.

DirectStorage

DirectStorage adalah satu fungsi baharu yang pertama kali diperkenalkan pada Windows 11. Ciri ini diwarisi daripada platform Xbox.

Dengan ciri ini, hal-hal nyahmampat data tidak lagi hanya dikendalikan CPU sebaliknya akan turut gunakan GPU bagi mengoptimumkan penggunaan bandwidth storan SSD NVME.

Hasilnya, bila bermain game, lebih singkat masa menunggu disebabkan loading ataupun proses render dalam permainan open-world akan jadi lebih singkat.

Auto HDR

Auto HDR juga fungsi baharu yang tiba di Windows 11. Ia juga diwarisi daripada Xbox Series X/S dan merupakan sebahagian teknologi yang terkandung dalam DirectX 11.

Dengan Auto HDR, pemain boleh menikmati grafik yang lebih lawa pada ratusan permainan yang menyokongnya, tanpa membebankan perkakasan komputer mereka sekalipun.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Windows 11 di laman rasmi mereka.

Tags: Microsoftmicrosoft windowsMicrosoft Windows 11windows 11
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Windows 11: 6 perkara menarik tentangnya

Windows 11: 6 perkara menarik tentangnya

25 June 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER