• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple bentang alasan, kenapa pasang aplikasi di luar AppStore sangat merbahaya

  • OLEH Najib
  • 4:38 pm
  • 28/06/2021
  • Komen
Apple bentang alasan, kenapa pasang aplikasi di luar AppStore sangat merbahaya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah mengeluarkan sebuah laporan bertajuk “Building a Trusted Ecosystem for Millions of Apps” atau membina ekosistem yang dipercayai untuk jutaan aplikasi. Pendek kata, ia menerangkan tentang usaha Apple untuk memastikan ekosistem mereka sentiasa selamat untuk digunakan bersama pelbagai aplikasi.

Laporan ini dikeluarkan untuk menjawab persoalan yang dilontarkan pengkritik serta undang-undang baru yang mahu dikenakan terhadap mereka, yang mahukan Apple membuka platform peranti mudahalih mereka kepada pihak ketiga. Salah satu darinya adalah undang-undang antimonopoli di Amerika Syarikat, yang akan dibentang oleh David Cicilline, pengerusi jawatankuasa antimonopoli.



Di Eropah, Akta Pasaran Digital (DMA) juga sedang membincangkan perkara ini, dan ia ditentang oleh CEO Apple, Tim Cook kerana boleh membahayakan pengguna. Selain itu, Apple juga sedang berhadapan saman daripada Epic Games yang menentang monopoli sistem pembayaran Apple di AppStore.

Dalam laporan setebal 16 mukasurat ini, Apple menerangkan bahawa gabungan perkakas, perisian dan pemantauan yang ketat, dapat memastikan peranti mereka selamat. Apple menyediakan banyak lapisan keselamatan untuk melindungi pengguna daripada serangan berniat jahat, supaya pengguna boleh menggunakan dengan tenang dan aman sentiasa.



Apple menambah, sistem terbuka yang diamalkan di Android yang membenarkan pemasangan aplikasi pihak ketiga, telah membuka ruang pencerobohan keselamatan. Selain pengumpulan data tanpa kebenaran, ia juga sering melanggar privasi kanak-kanak dan mempamerkan iklan yang tidak sesuai.

Sebagai rumusan, Apple menyatakan bahawa dengan membuka platform aplikasi mereka, mendedahkan semua pengguna kepada risiko lebih besar. Pengguna yang selama ini selesa dan sudah biasa dengan tahap keselamatan tinggi di iPhone dan AppStore, akan terpaksa memantau sendiri masalah yang akan timbul dari serangan penjenayah siber dan penipu dalam talian.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penerangan Apple tentang pentingnya sistem AppStore mereka kekal tertutup, anda boleh membaca laporan 16 mukasurat itu di sini.

Masih ramai yang tidak bersetuju

Sudah pasti ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan Apple dan mahu platform ini dibuka dan dibenarkan pemasangan perisian di luar AppStore. Paling utama adalah kewajipan menggunakan sistem pembayaran Apple dan komisen 30% yang diambil Apple.

Menurut pembangun, Apple telah mengumpulkan terlalu banyak keuntungan hanya dengan komisyen 30% yang dikenakan kepada mereka. Hanya sehingga November 2020, Apple menurunkan komisen kepada 15%, untuk pembangun dengan jualan di bawah USD1 juta setahun. Lebih daripada itu, kekal dengan komisyen 30%.

Perkara ini pernah ditentang oleh Spotify serta Epic Games, yang membawa Apple dan Epic games ke mahkamah untuk dibicarakan. Ada laporan menyatakan Apple pernah memberi tawaran khusus kepada Netflix, untuk mengekalkan pembayaran di Apple AppStore. Malah, Jeff Bezos sendiri mempersoalkan tentang mengapa aplikasi Amazon Prime Video dikenakan komisyenn 15% sahaja, berbanding aplikasi berita seperti Washington Post.

Tags: appleApple Appstore
Najib

Najib

POPULAR

Apple bentang alasan, kenapa pasang aplikasi di luar AppStore sangat merbahaya

Apple bentang alasan, kenapa pasang aplikasi di luar AppStore sangat merbahaya

28 June 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER