Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Apple kurangkan 50% komisen App Store, beri faedah kepada 98% pembangun berbayar

Salah satu saluran yang memberikan pendapatan lumayan buat Apple adalah stor aplikasi App Store mereka, di mana Apple mengenakan caj komisen 30% terhadap transaksi bayaran aplikasi yang menumpang di App Store. Tidak lama lagi, pembangun aplikasi boleh berasa lebih kaya kerana Apple mengumumkan penurunan caj komisen.

Apple kini memperkenalkan “App Store Small Business Program” yang mengenakan caj komisen hanya 15% untuk pembangun yang layak. Ia diberikan kepada pembangun yang menjana USD 1 juta atau kurang pada tahun 2020, untuk semua aplikasi mereka di App Store.

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Pembangun sedia ada dan baru, yang menjana sehingga USD 1 juta untuk semua aplikasi mereka di App Store pada tahun 2020, layak menyertai program ini.
  2. Jika pembangun tersebut melepasi had pendapatan USD 1 juta selepas menyertai program ini, caj komisen standard 30% akan dikenakan untuk baki pendapatan sehingga akhir tahun.
  3. Jika pendapatan mereka masih tidak melebihi USD 1 juta untuk tahun akan datang, mereka layak untuk menyertai semula program ini pada tahun berikutnya.

Pengurangan komisen tidak menjejaskan pendapatan Apple

Kajian dari Sensor Tower yang dilaporkan New York Times menemui, pengumuman Apple ini akan memberi kesan kepada 98% pembangun di App Store yang membayar komisen kepada Apple. Untuk makluman, sebanyak 84% pembangun tidak membayar komisen kerana menyediakan aplikasi secara percuma.

Walaubagaimanapun, pendapatan Apple dari 98% pembangun tersebut tidak sampai 5% dari jumlah keseluruhan pendapatan App Store mereka. Bermakna, ia tidak banyak menjejaskan pendapatan Apple kerana mengekalkan komisen terhadap pembangun yang kaya dan menjadi penyumbang terbesar.

Antara penyumbang pendapatan AppStore adalah pembelian digital dalam permainan

Secara ringkasnya, Apple mengurangkan beban kepada pembangun kecil dan sederhana dengan caj komisen lebih rendah. Bagi pembangun yang mengutip keuntungan tinggi, mereka perlu membayar lebih kepada Apple. Langkah Apple ini boleh dipuji kerana cuba mengurangkan impak ekonomi yang merudum di seluruh dunia akibat COVID-19.

BACA  Samsung Galaxy A51 diganda storan tapi harga masih sama

Pembangun gergasi tidak berpuas hati

Tetapi masih ada yang tidak berpuas hati dengan Apple kerana dilihat cuba menjadi hero dengan langkah yang tidak menjejaskan keuntungan Apple. Suara ini datang dari pembangun besar iaitu Epic Games dan Spotify, yang telah lama mengkritik Apple kerana caj komisen melampau ini.

CEO Epic Games, Tim Sweenet menyatakan ini adalah langkah yang telah dikaji oleh Apple dengan membahagikan kelompok pembangun dan mengekalkan monopoli di stor aplikasi dan pembayaran. Beliau menuduh Apple mungkir janji untuk memperlakukan semua secara sama rata. Cara ini sebenarnya tidak menguntungkan pengguna kerana masih perlu membayar harga yang mahal akibat komisen Apple di aplikasi popular masih tinggi.

Spotify pula dalam kenyataannya menjelaskan, Apple bertindak menghapuskan pesaing dengan mewajibkan pembayaran menggunakan sistem Apple sahaja di App Store dan menghukum pembangun yang cuba beralih darinya. Spotfy berharap pihak berkuasa tidak terpedaya dengan janji manis Apple dan bertindak untuk mempertahankan hak pengguna untuk memilih, dan mencipta ruang yang sama rata untuk semua.

Satu lagi kritikan dari CTO Basecamp, David Heinemeier Hansson mengatakan Apple cuba melabel pembangun yang menerima pendapatan melebihi USD 1 juta sebagai syarikat yang tamak, sedangkan Apple sendiri adalah syarikat yang bernilai USD 2 trilion dan memonopoli sistem bayaran App Store.

[Sumber: iMore, Apple]