• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vaksin dan kongsi di Instagram untuk memenangi Garmin Venu 2 bernilai RM1,799

  • OLEH Najib
  • 12:47 pm
  • 04/07/2021
  • Komen
Vaksin dan kongsi di Instagram untuk memenangi Garmin Venu 2 bernilai RM1,799
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia kini melancarkan pertandingan untuk memberi galakan kepada rakyat Malaysia, agar segera memvaksinkan diri mereka. Ia juga untuk menyebarkan kesedaran tentang pentingnya vaksin untuk mencapai imuniti kelompok.

Pertandingan ini akan berjalan dari 2 Julai sehingga 2 Ogos 2021, menerusi media sosial Instagram. Pemenang pula berpeluang untuk memenangi jam pintar Garmin Venu 2 atau Venu 2s bernilai RM1,799, yang dilengkapi fungsi Pulse Oximetry (Pulse Ox) bagi mengukur tahap oksigen dalam darah.



Menurut Garmin, sensor Pulse Ox yang digunakan pada jam pintarnya adalah salah satu teknologi yang diyakini untuk mengukur tahap oksigen dalam darah (SpO2). Adalah penting untuk mengetahui tahap SpO2 kerana ia menjadi penanda aras penting tahap kesihatan fizikal seseorang.

Pada tahap normal, kadar SpO2 seseorang berada sekitar 95% ke 100%. Jika berada di bawah paras 90%, bermakna ada masalah di dalam badan sehingga kurangnya oksigen dalam darah. Ini mungkin disebabkan kesukaran bernafas, pneumonia, jangkitan paru-paru, dan ia turut dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 yang masih menular saat ini di Malaysia.



Cara-cara sertai pertandingan Garmin

Untuk memenangi jam pintar Garmin Venu 2 atau Venu 2s, anda haruslah menunjukkan bukti telah mengambil vaksin, dengan berkongsi tangkap layar aplikasi MySejahtera atau Selangkah. Kemudian gunakan gambar anda bersama templat Garmin yang boleh dimuat turun di sini, dan muat naik di Instagram bersama tanda pagar #GarminCucukReward dan tag akaun instagram @GarminMalaysia.

Jangan lupa untuk tetapkan akaun anda kepada Public agar boleh dilihat. Muat naik hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 2 Ogos 2021. Pemenang akan diumumkan pada 9 Ogos 2021 di Instagram @GarminMalaysia.

Untuk mengenali lebih lanjut mengenai Garmin Venu 2 dan Venu 2s, layari laman produk Garmin di sini.

Tags: garminGarmin Venu 2Vaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Vaksin dan kongsi di Instagram untuk memenangi Garmin Venu 2 bernilai RM1,799

Vaksin dan kongsi di Instagram untuk memenangi Garmin Venu 2 bernilai RM1,799

4 July 2021
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER