• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polis siasat NGO wanita tular, dakwa kilang sarung tangan punca kes Covid-19 Selangor meningkat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:55 pm
  • 06/07/2021
  • Komen
Polis siasat NGO wanita tular, dakwa kilang sarung tangan punca kes Covid-19 Selangor meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

Akibat memuat naik video berkaitan kes Covid-19 yang mampu mencetuskan ketakutan dalam kalangan masyarakat, seorang wanita dipanggil polis untuk disiasat.

Melalui satu video Tiktok sepanjang 3 minit, wanita itu mendakwa bahawa peningkatan kes Covid-19 di Negeri Selangor adalah disebabkan oleh sebuah kilang sarung tangan.



Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai ketua gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor itu turut mengatakan, pengendali kilang sarung tangan itu memindahkan pekerja positif Covid-19 dari asrama mereka di Petaling Jaya ke dua hotel di Klang, untuk membolehkan mereka pergi bekerja dalam tempoh PKPD.

Dia juga mendakwa terdapat kematian akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang tersebut, yang mengakibatkan asrama pekerja di Sungai Way di dalam daerah Petaling Jaya diletakkan di bawah PKPD dan kilang itu masih beroperasi.



Siasatan terhadap individu dalam video tersebut dilakukan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebarkan pernyataan yang boleh menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara juga telah membuka kertas siasatan terhadap pengusaha kilang.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 269 kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin menyebabkan jangkitan dan Seksyen 22(b) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mematuhi perintah sah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Membuat kenyataan yang mempunyai kandungan menakutkan orang ramai, merupakan satu kesalahan. Maka, elakkannya dan kongsilah berita yang datang dari sumber sahih.

[Sumber: MalayMail, Kosmo]

Tags: COVID-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Polis siasat NGO wanita tular, dakwa kilang sarung tangan punca kes Covid-19 Selangor meningkat

Polis siasat NGO wanita tular, dakwa kilang sarung tangan punca kes Covid-19 Selangor meningkat

6 July 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN