• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

3 saluran untuk mohon moratorium automatik pinjaman selama 6 bulan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:57 pm
  • 07/07/2021
  • Komen
3 saluran untuk mohon moratorium automatik pinjaman selama 6 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kerajaan ada mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan, kepada semua peminjam di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Ini merupakan antara usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19, permohonan mula di buka pada 7 Julai 2021.

Kesan moratorium pada pinjaman

Di bawah PEMULIH, ada dua pilihan moratorium iaitu pertama, 6 bulan penangguhan bayaran balik pinjaman secara total dan kedua ialah pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.



Ia dilihat dapat meringankan beban individu yang terjejas, tetapi tahukah anda apa kesan moratorium ini jika anda mengambilnya? Anda perlu tahu, apabila anda mengambil mana-mana pilihan moratorium, jumlah faedah anda akan meningkat dan akhirnya jumlah akhir bayaran pada masa matang juga akan meningkat.

Tetapi, anda boleh memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah selepas moratorium, cuma hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman menjadi lebih panjang.



Cara memohon moratorium

Sekiranya anda ingin mendapatkan moratorium, Bank Negara Malaysia ada kongsikan di Facebooknya mengenai cara memohon. Ada 3 saluran untuk anda lakukan permohonan iaitu laman sesawang, e-mel dan panggilan telefon.

1. Laman sesawang

Ada 5 langkah anda perlu lakukan di bawah saluran ini, pertama anda perlu ke laman web bank anda dan klik pada borang web. Contoh, anda pengguna bank CIMB maka anda perlu kunjungi laman rasmi bank itu. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan hantar permohonan anda untuk disahkan dan diproses oleh pihak bank.

2. E-mel

Untuk berurusan melalui e-mel, anda perlu ke laman web bank anda, klik pada pautan e-mel yang disediakan. Sama seperti langkah di laman sesawang, anda perlu isi maklumat anda dan pembiayaan anda. Kemudian, tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman dan klik hantar.

3. Panggilan telefon

Jika anda lebih selesa memohon moratorium melalui panggilan telefon, anda boleh lakukan dua langkah ini. Pertama, hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda dan seterusnya lakukan permohonan itu kepada operator yang bertugas.

Pautan bank untuk mohon moratorium

Berikut merupakan senarai bank dan pautan untuk anda memohon moratorium.

  1. Maybank
  2. Bank Rakyat
  3. Bank Islam
  4. CIMB
  5. BSN
  6. Public Bank
  7. AmBank
  8. RHB
  9. Affin Bank
  10. MBSB BANK
  11. Kuwait Bank
  12. Citibank
  13. Alliance Bank
  14. Hong Leong Bank
  15. Al Rajhi Bank
  16. UOB Bank
  17. OCBC Bank
  18. Moratorium PTPTN

Sekiranya anda mengalami masalah dengan permohonan atau masalah untuk menghubungi pihak bank, anda boleh maklumkannya kepada Bank Negara Malaysia melalui pautan ini.

[Sumber: Awani, Bank Negara Malaysia]

[Sumber gambar: Berita Harian]

Tags: moratorium
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

3 saluran untuk mohon moratorium automatik pinjaman selama 6 bulan

3 saluran untuk mohon moratorium automatik pinjaman selama 6 bulan

7 July 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER