• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Sambal Sos dan Kita Jaga, dua saluran untuk periksa lokasi bendera putih

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:37 am
  • 07/07/2021
  • Komen
Sambal Sos dan Kita Jaga, dua saluran untuk periksa lokasi bendera putih
Share on FacebookShare on Twitter

Kempen bendera putih merupakan satu inisiatif masyarakat untuk memberitahu orang awam tentang keadaan mereka yang memerlukan bantuan.

Bagi menyemarakkan lagi semangat bantu-membantu dalam kalangan masyarakat, 2 aplikasi buatan Malaysia dibangunkan untuk memudahkan individu menerima dan menghulurkan bantuan. Aplikasi tersebut ialah Sambal Sos dan Kita Jaga.



Aplikasi Sambal Sos secara umumnya dihasilkan bagi membantu individu mencari bank makanan dan lokasi bendera putih untuk menghantar bantuan. Ia dicipta oleh 3 orang pelajar di Malaysia iaitu Sidharrth Nagappan, Shaun Mak, dan Cornelius Pang. Mereka mengambil masa 4 hari sahaja untuk menyiapkan aplikasi itu.

Aplikasi Kita Jaga pula dihasilkan oleh Terato Tech iaitu syarikat pengembangan produk digital yang berpusat di Malaysia. Kewujudan aplikasi ini dikongsikan oleh pengasas Terato Tech iaitu Reza Razali melalui Twitternya.



https://twitter.com/rezarazali/status/1412064240333062147

Kedua-dua aplikasi tersebut menggunakan laporan orang ramai untuk menetapkan lokasi bank makanan dan lokasi individu mengibarkan bendera putih pada peta.

Cara guna Sambal Sos

Sambal Sos boleh diakses di pautan www.sambalsos.com. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Google boleh menggunakan aplikasi Sambal Sos kerana aplikasi itu perlu di log masuk menggunakan akaun Google.

Pada paparan utama bahagian atas, anda akan dapat lihat sebuah peta. Pada peta itu ada dua simbol sahaja iaitu simbol seperti makanan di dalam basket dan simbol penggera. Jika anda perlukan bantuan, anda boleh tekan simbol basket itu, manakala jika anda ingin berikan bantuan anda boleh tekan simbol penggera bewarna merah.

Pada bahagian bawah pula, ia diikuti 2 pilihan, iaitu ask for help dan report SOS. Kedua-dua ini membawa fungsi yang sama. Jika anda ada mengetahui individu memerlukan bantuan, anda boleh muat naik maklumat mereka di tab tersebut.

Sekiranya anda tahu tentang lokasi bank makanan, anda boleh menghantar maklumat bank makanan itu melalui Google Form di bawah tab Food Banks.

Untuk melindungi privasi mereka yang meminta bantuan, pasukan pembangun aplikasi akan memeriksa setiap laporan bendera putih untuk memastikan gambar yang disertakan tidak memaparkan maklumat peribadi.

Cara guna Kita Jaga

Kita Jaga boleh di buka melalui pautan kitajaga.co. Hampir sama seperti Sambal Sos, pada bahagian utama aplikasi Kita Jaga juga akan ada sebuah peta yang memaparkan dua simbol iaitu simbol makanan dan simbol bendera putih.

Untuk simbol bendera putih, anda akan di bawa kepada maklumat individu yang memerlukan bantuan. Manakala simbol makanan pula ialah lokasi bantuan disediakan.

Di bawah peta pula ada dua pilihan di sediakan, iaitu perlu bantuan dan ingin bantuan. Jika ada individu memerlukan bantuan, anda boleh tekan pilihan warna merah itu dan isikan maklumat seperti nama, nombor telefon dan lokasinya.

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan, anda boleh tekan butang biru dan isikan butiran seperti nama, nombor telefon, apa yang anda ingin bantu dan juga alamat.

Dua saluran ini sangat membantu individu yang memerlukan. Namun menjadi masalah juga sekiranya individu yang memerlukan itu tidak mempunyai akses Internet untuk masuk ke dua saluran ini.

Oleh itu, jika anda ada mengetahui tentang sesiapa yang berada dalam kategori memerlukan bantuan, anda boleh masukkan maklumat mereka di dua platform ini supaya ramai individu boleh turut sama memberikan sumbangan.

[Sumber: MalayMail]

Tags: Bendera PutihKita Jaga KitaSambal Sos
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Sambal Sos dan Kita Jaga, dua saluran untuk periksa lokasi bendera putih

Sambal Sos dan Kita Jaga, dua saluran untuk periksa lokasi bendera putih

7 July 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN