• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penjenayah boleh akses iPhone yang dicuri hanya dengan kad sim

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:26 pm
  • 08/07/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya telefon pintar iPhone anda hilang atau di curi, tahukah anda bahawa, individu lain masih berpotensi untuk membukanya meskipun anda sudah meletakkan kata laluan?

Perkara ini didedahkan berlaku di São Paulo, Brazil. Tindakan mencuri iPhone sebegini bermula sejak berlakunya penularan wabak Covid-19. Mangsa yang mempunyai iPhone 11 dan iPhone XR bukan sahaja mendapat tahu bahawa peranti mereka itu menjadi tidak terkunci, tetapi akaun bank mereka juga digodam.



Proses membuka iPhone yang dicuri itu tidaklah serumit yang di sangka. Polis di São Paulo telah menangkap satu kumpulan yang pakar dalam pencurian telefon pintar, dan penjenayah itu telah memberitahu bagaimana mereka memecahkan keselamatan peranti Apple. Salah seorang dari mereka mengatakan bahawa dia boleh membuka kunci semua iPhone, dari 5 hingga 11.

Ketua Polis, Fabiano Barbeiro mendedahkan bahawa penjenayah hanya memerlukan kad SIM iPhone untuk mengakses semua data peranti. Pencuri hanya perlu mengeluarkan kad SIM dari iPhone yang dicuri dan kemudian memasukkannya ke dalam iPhone lain.



Dengan menggunakan rangkaian sosial seperti Facebook dan Instagram, mereka dapat mengetahui alamat e-mel yang digunakan mangsa dengan mudah. Dalam kebanyakan kes, alamat e-mel yang mangsa gunakan untuk media sosial adalah sama dengan yang digunakan untuk Apple ID. Jadi, suspek hanya perlu menetapkan semula kata laluan Apple ID menggunakan nombor telefon mangsa.

Barbeiro juga mengatakan bahawa, cara termudah untuk penjenayah mencari kata laluan akaun-akaun mangsa adalah dengan melihat di aplikasi Notes di iPhone itu, kerana kebanyakan pengguna menyimpan kata laluan bank dan kad kredit di sana. Namun, dengan akses ke akaun iCloud, mereka dengan mudah akan dapat semua kata laluan dari iCloud Keychain juga.

Setelah mendapat maklumat ini, mereka akan masukkan semula kad SIM ke telefon mangsa dan memberikan peranti tersebut kepada anggota kumpulan yang bertanggungjawab mengakses akaun bank mangsa.

Oleh itu, perkara terbaik yang dapat anda lakukan untuk melindungi akaun anda adalah dengan tidak menyimpan kata laluan anda di aplikasi Notes atau aplikasi lain yang tidak selamat.

Selain itu, anda juga disarankan untuk gunakan eSIM dan bukannya kad SIM biasa, kerana eSIM tidak dapat dipindahkan dengan mudah ke peranti lain.

Sumber

Hidupkan pengesahan dua faktor sebagai lapisan keselamatan dan gunakan Face ID untuk melindungi iPhone anda dari mudah dibuka oleh orang lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, batalkan juga semua kad bank anda secepat mungkin selepas telefon di curi.

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: appleiphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026

Penjenayah boleh akses iPhone yang dicuri hanya dengan kad sim

8 July 2021
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER