• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Periksa liputan talian mudahalih di tempat anda menggunakan peta JENDELA

  • OLEH Najib
  • 9:42 pm
  • 10/07/2021
  • Komen
Periksa liputan talian mudahalih di tempat anda menggunakan peta JENDELA
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan peta JENDELA, di mana ia membolehkan orang ramai untuk memeriksa liputan talian syarikat telekomunikasi di sesuatu kawasan. Malah, ia juga boleh berfungsi sebagai tempat menerima aduan jika tidak ada perkhidmatan di tempat tersebut dan SKMM akan bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk mempercepatkan permohonan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Saifuddin Abdullah, peta JENDELA adalah pusat sehenti untuk rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti menyemak liputan rangkaian di kawasan mereka, menghantar maklum balas dan permohonan perkhidmatan baharu daripada penyedia perkhidmatan masing-masing.



Buat masa ini, peta JENDELA hanya terdapat dalam versi laman sesawang di alamat jendela.my. SKMM memaklumkan bahawa versi aplikasi mudah alih akan diperkenal tidak lama lagi.

Sekali imbas, peta JENDELA kelihatan tidak ubah seperti peta OpenSignal di mana ia menunjukkan liputan data semua penyedia rangkaian serta liputan TV Digital. Anda boleh memlih satu titik untuk mencari apakah perkhidmatan yang terdapat di situ. Peta ini juga memberikan maklumat asas dengan menunjukkan tanda hijau jika ada, dan tanda merah jika tiada.



Pengunjung juga boleh memberikan maklum balas jika ada sebarang masalah seperti terputus panggilan, gangguan rangkaian atau ketiadaan liputan. Jika perlukan bantuan, peta JENDELA ada menyediakan bantuan AI yang dikenali sebagai AIDA.

Peta JENDELA di Bukit Bintang

Dari penggunaan ringkas di peta ini, ia menunjukkan liputan pada peta ini tidak berapa tepat. Untuk Yes dan U Mobile, kelihatan liputannya sangat sedikit seperti tiada hampir di semua kawasan. Seperti di tangkap layar di atas, ia menunjukkan Yes dan Unifi Mobile tiada di BUkit Bintang sedangkan sebenarnya, kedua-duanya ada liputan di sana.

Peta liputan OpenSignal

Selain menujukkan liputan, apa yang tiada di peta ini adalah prestasi perkhidmatan data seperti yang ada di OpenSignal. Ini adalah maklumat yang sangat berguna untuk pengguna mengenalpasti rangkaian apakah yang terbaik di kawasan mereka. Ini sangat penting kerana bukan semua rangkaian memberikan pengalaman yang sama. Di peta OpenSignal, ia boleh menujukkan pengalaman yang kurang baik dengan kawasan diwarnakan merah.

Statistik rangkaian OpenSignal

Sebagai perbandingan, peta OpenSignal meneydiakan maklumat seperti purata kelajuan muat turun dan muat naik, serta kadar kependaman setiap rangkaian di tempat tersebut. Apa yang bagus di OpenSignal adalah ia menggunakan data yang dikumpulkan daripada pengguna sebenar. Prestasi data dikumpulkan secara berkala dna bukannya apabika pengguna melakukan ujian seperti Speedtest.

Tags: JENDELASKMM
Najib

Najib

POPULAR

Periksa liputan talian mudahalih di tempat anda menggunakan peta JENDELA

Periksa liputan talian mudahalih di tempat anda menggunakan peta JENDELA

10 July 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN