• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Keselamatan

Ibubapa boleh guna cara ini elak kanak-kanak menjadi mangsa buli siber

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:52 pm
  • 11/07/2021
  • Komen
Ibubapa boleh guna cara ini elak kanak-kanak menjadi mangsa buli siber
Share on FacebookShare on Twitter

Perbuatan buli siber merupakan satu tindakan berulang oleh pengguna maya bertujuan untuk menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang. Tindakan ini dilakukan menerusi kemudahan komunikasi seperti emel dan laman web sosial.

Pengguna internet khususnya kanak-kanak, berpotensi terjebak melakukan buli siber atau menjadi mangsa buli siber, lebih-lebih lagi apabila penggunaan Internet mereka tidak dikawal oleh orang dewasa. Bagi mengelakkannya, ibu bapa perlu memainkan peranan menjadi individu yang dipercayai oleh anak-anak.



Berikut merupakan 5 cara yang boleh ibu bapa kongsikan kepada anak-anak, agar mereka tidak menjadi mangsa buli siber.

1. Jangan menyalahkan anak-anak anda

Sekiranya anak anda menjadi mangsa, jangan salahkan mereka. Berikan sokongan dan fahami mereka. Ketahui berapa lama buli itu berlaku dan pastikan anda akan bekerjasama untuk mencari jalan keluar. Biarkan anak-anak anda tahu bahawa mereka tidak boleh disalahkan kerana dibuli.



2. Beritahu anak anda untuk tidak membalas komen buli siber itu

Adakalanya reaksi mangsa merupakan sesuatu yang dicari oleh pembuli dan itu akan membuatakn mereka rasa lebih berkuasa. Jadi elakkan daripada melayan mereka. Jangan juga melakukan perkara yang sama, kerana itu secara tidak langsung akan menjadikan anak anda pembuli juga.

3. Gunakan ciri yang ada pada media sosial

Sebilangan besar aplikasi dan perkhidmatan media sosial membolehkan anda menyekat individu yang membuli itu. Maka, anda boleh manfaatkan ciri tersebut. Anda juga boleh melaporkan masalah itu kepada perkhidmatan aplikasi.

Jika berlaku di Facebook atau Instagram, anda boleh tekan pada komen pembuli, kemudian tekan report. Seterusnya akan ada pelbagai pilihan dipaparkan. Anda boleh laporkan komen itu berdasarkan situasi yang berlaku.

4. Lindungi akaun media sosial

Nasihati anak anda supaya mereka tidak memberikan kata laluan akaun mereka kepada individu lain walaupun kepada kawan rapat. Lindungi peranti mereka dengan kata laluan yang selamat supaya tidak ada individu lain yang dapat membukanya. Ia juga dapat mengelakkan daripada individu lain menyamar menjadi mereka.

5. Laporkan pembuli itu kepada pihak berkuasa

Ada dalam kalangan kanak-kanak tidak memberi tahu ibu bapa apabila mereka menjadi mangsa buli. Oleh itu, jika anda ada melihat tanda seperti anak anda kurang tidur atau kelihatan gelisah ketika menggunakan komputer atau telefon, anda boleh mendekati mereka dan bertanya tentang masalah yang mereka hadapi.

Sebaik sahaja anda mengetahui bahawa mereka menjadi mangsa buli siber dan perkara itu sudah menjadi sangat teruk, laporkannya terus kepada pihak berkuasa. Pastikan semua bahan bukti disimpan. Anda boleh lakukan tangkap layar terhadap mesej yang mempunyai kandungan buli siber itu.

Selain itu, anda juga boleh laporkan pelbagai jenis insiden keselamatan siber di Cyber999, menerusi laman sesawang atau pun aplikasinya di Android serta iOS.

[Sumber: Parents, Connect safely]

[Sumber gambar: abc News]

Tags: buli siber
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ibubapa boleh guna cara ini elak kanak-kanak menjadi mangsa buli siber

Ibubapa boleh guna cara ini elak kanak-kanak menjadi mangsa buli siber

11 July 2021
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN