• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dato Mohammed Azlan dilantik sebagai Pengerusi TM baharu mulai 1 Ogos

  • OLEH Najib
  • 6:56 pm
  • 12/07/2021
  • Komen
TM dan Huawei bekerjasama uji program saling operasi untuk perkongsian rangkaian 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) akan memiliki Pengerusi Lembaga Pengarah baharu bulan hadapan, apabila mengumumkan peletakan jawatan pengerusi sedia ada, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh berkuatkuasa 31 Julai 2021. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah TM pada bulan Mei 2020.

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh dilaporkan akan dilantik sebagai Pengerusi Petroliam  Nasional Berhad (Petronas) pada 1 Ogos, menggantikan tempat Tan Sri Ahmad Nizam Salleh yang meletak jawatan dan dilantik sebagai Pengerusi Pelaburan  Hartanah Berhad (PHB). 



Lembaga Pengarah TM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh atas kepimpinan dan sumbangan beliau kepada Kumpulan TM sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Dalam kenyataan yang sama, TM turut mengumumkan pengganti beliau. Berkuatkuasa 1 Ogos 2021, Dato’ Mohammed Azlan Hashim akan dilantik memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah TM untuk mengisi kekosongan tersebut.



Dato’ Mohammed Azlan Hashim

Dato’ Mohammed Azlan Hashim pada masa ini merupakan ahli Lembaga Pengarah Khazanah sejak 1 April 2020. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Panel Pelaburan KWSP. Selain itu, beliau turut menjadi Pengerusi di beberapa entiti senaraian awam termasuklah D&O Green Technologies Berhad, Marine & General Berhad dan IHH Healthcare Berhad.

Beliau mempunyai pengalaman kerjaya yang luas dalam sektor-sektor korporat termasuklah perkhidmatan kewangan dan pelaburan. Antaranya, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif, Bumiputra Merchant Bankers Berhad; Pengarah Urusan, Amanah Capital Malaysia Berhad dan Pengerusi Eksekutif, Bursa Malaysia Berhad. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Monash University, Melbourne dan merupakan seorang Akauntan Berkanun (Chartered Accountant) yang bertauliah. Beliau juga adalah Felow di Institute of Chartered Accountants, Australia, Institute of Chartered Secretaries and Administrators, dan Ahli Institut Akauntan Malaysia (Malaysian Institute of Accountants – MIA).

Lembaga Pengarah TM mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke dalam apa jua yang beliau ceburi selepas ini. Pada masa yang sama, mereka turut mengalu-alukan kedatangan Dato’ Mohammed Azlan sebagai Pengerusi TM yang baharu.

Tags: TM
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
TM dan Huawei bekerjasama uji program saling operasi untuk perkongsian rangkaian 5G

Dato Mohammed Azlan dilantik sebagai Pengerusi TM baharu mulai 1 Ogos

12 July 2021
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER