• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Speaker Sony paling hipster kini lebih baik dan lebih murah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:27 pm
  • 14/07/2021
  • Komen
Speaker  Sony paling hipster kini lebih baik dan lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah memperkenalkan LSPX-S3, iterasi terbaru dalam barisan speaker unik yang mereka tawarkan. LSPX-S3 menggabungkan speaker, perhiasan rumah, dan lampu meja dalam satu pakej yang menarik.

Perkara yang paling mencuri tumpuan adalah rekaan menggunakan materi kacanya. Ia tidak nampak macam tak beri kesan pada kualiti bunyi tapi berfungsi sebagai penyerak cahaya LED yang dipancarkan daripada kaki speaker.



Ada 32 tahap kecerahan boleh dipilih dan anda juga boleh aktifkan mode lilin untuk pencahayaan ruang yang lebih tenteram.

Di bahagian audio, sebuah speaker 46mm diberikan kepadanya, satu naik taraf berbanding 35mm di LSPX-S2 tempoh hari. Ia menembak ke arah atas dan disebarkan dalam pola keliling melalui corong berbentuk kon.



Satu-satunya cara untuk salurkan isyarat audio padanya ialah melalui sambungan Bluetooth. Mujurlah teknologi Bluetooth padanya ditambah naik daripada 4.2 kepada 5.0 dan pastinya ia turut menyokong codec berkualti tinggi seperti aptX.

Bateri yang terkandung dalamnya mampu berikan khidmat selama 8 jam lamanya dan ia juga ada mikrofon terbina kalau-kalau anda nak gunakannya untuk bersidang audio.

Kalau anda ada miliki 2 unit LSPX-S3, ia boleh dikonfigurasikan dalam tetapan stereo tapi saya tak pasti sama ada anda nak beli sampai 2 unit bila lihat harganya.

Memanglah harganya lebih murah daripada model sebelum ini. Tapi daripada RM2,599 kepada RM1,499, anda tetap kena keluarkan hampir RM1.5k untuk sebuah speaker mono.

Walau apapun, anda boleh dapatkannya pada Oktober 2021.

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Speaker  Sony paling hipster kini lebih baik dan lebih murah

Speaker Sony paling hipster kini lebih baik dan lebih murah

14 July 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN