• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Xiaomi ganti Poco M3 rosak, Lazada COD sokong DuitNow QR & Jalur lebar tetap U Mobile | SBM #26

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:42 pm
  • 14/07/2021
  • Komen
Xiaomi ganti Poco M3 rosak, Lazada COD sokong DuitNow QR & Jalur lebar tetap U Mobile | SBM #26
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang diketengahkan dalam video ini, apa kaedah pembayaran baru untuk pelanggan di Lazada? U Mobile beri petunjuk mahu lancar pelan jalur lebar tetap? Apa tindakan Xiaomi kepada peranti Poco M3 yang tidak boleh hidup semula? Dan banyak lagi berita lain yang dikupaskan.

1. Infinix Hot 10S tiba dengan skrin besar 90hz pada harga mampu milik

Infinix telah melancarkan telefon pintar yang mampu dimiliki, Hot 10S ke pasaran Malaysia. Infinix Hot 10S menggunakan kuasa daripada cip Mediatek Helio G85, bersama RAM 4GB, storan dalaman sehingga 128GB. Baterinya sebesar 6,000mAh.



Spesifikasi penuh di sini.

2. Elak ditipu dalam talian & dapatkan durian asli di kempen Durian e-Fiesta FAMA x Shopee

Shopee mengumumkan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk melancarkan kempen Durian e-Fiesta. Ia akan berlangsung dari 10 hingga 31 Julai 2021. Ada pelbagai promosi ditawarkan.



Berita penuh di sini.

3. Lazada kini sokong DuitNow QR bila anda pilih COD

Lazada kenalkan satu lagi kaedah pembayaran apabila anda dapatkan produk melalui mereka. Seandainya produk tersebut ada pilihan Cash-on-Delivery (COD), anda boleh menggunakan DuitNow QR Payment untuk membayar sewaktu kurier tiba menghantar pesanan.

Maklumat penuh di sini.

4. U Mobile mahu lancar pelan jalur lebar tetap tahun ini?

Dalam carian pekerjaan di laman Jobstreet, kami menerima maklumat bahawa U Mobile kini mencari pekerja untuk mengisi jawatan sebagai Pengurus dan Pengurus Kanan pemasaran bagi jalur lebar tetap. Ini memberi petunjuk bahawa U Mobile mungkin akan melancarkan produk berkaitan jalur lebar tetap di Malaysia tidak lama lagi. 

Berita penuh di sini.

5. Apple Watch selamatkan nyawa wanita ini dengan beri amaran tentang denyutan jantung

Seorang wanita dikenali sebagai Diane Feenstra mendedahkan, Apple Watch yang dipakainya memberitahu bahawa kadar denyutan jantungnya tinggi, iaitu 169 denyutan seminit. Walhal dia hanya melakukan aktiviti berjalan 12 langkah sahaja. Dia kemudian menemui doktor dan doktor itu memberitahu bahawa Feenstra mengalami serangan jantung.

Berita lanjut di sini.

6. Anggota polis mainkan lagu Taylor Swift untuk cetuskan algoritma hak cipta YouTube apabila video dimuat naik

Bagi mengelakkan diri dirakam, ada anggota polis di negara barat memainkan lagu-lagu popular dengan harapan apabila dimuat naik ke YouTube, algoritma akan terus mengesan video itu dan halangnya daripada dimainkan, disebabkan mengandungi bahan yang dilindungi hak cipta.

Tekan sini untuk berita penuh.

7. Xiaomi Malaysia sedia mengganti Poco M3 yang tidak boleh hidup semula

Banyak aduan dilaporkan mengenai Poco M3 walaupun ia masih baru dibeli. Ada yang mengalami masalah telefon tidak boleh hidup semula selepas dikemaskini perisiannya. Jika peranti Poco M3 pelanggan disahkan mengalami masalah ‘dead boot’, Xiaomi akan membaiki, menukar atau memulangkan wang sepenuhnya kepada pelanggan.

Maklumat lanjut di sini.

Tags: apple watchFAMAInfinix Hot 10SLazadaPoco M3Shopeeu mobilexiaomiYouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi ganti Poco M3 rosak, Lazada COD sokong DuitNow QR & Jalur lebar tetap U Mobile | SBM #26

Xiaomi ganti Poco M3 rosak, Lazada COD sokong DuitNow QR & Jalur lebar tetap U Mobile | SBM #26

14 July 2021
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER