• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Emoji air mata paling disukai ramai, ini senarai emoji kegemaran pengguna

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:54 pm
  • 16/07/2021
  • Komen
Emoji air mata paling disukai ramai, ini senarai emoji kegemaran pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang Hari Emoji Sedunia pada hari Sabtu, 17 Julai, Adobe telah berkongsi kajian tahunannya mengenai trend emoji terkini. Tinjauan ini dilakukan terhadap 7,000 orang di A.S, UK, Jerman, Perancis, Jepun, Australia, dan Korea Selatan.

Antara hasil kajian yang dilaporkan Adobe adalah tentang emoji kegemaran pengguna, emoji yang paling memotivasikan di tempat kerja, emoji yang sering digunakan ketika dating dan banyak lagi.



Daripada tinjauan yang dilakukan, 55% pengguna emoji berasa selesa mengekspresikan emosi melalui emoji lebih daripada panggilan telefon. Hal ini kerana, emoji memberi pengguna peluang untuk memilih gambar yang sesuai untuk menyampaikan perasaan. Malah, ia dapat membangkitkan rasa empati walaupun perbualan sedang serius.

Emoji kegemaran pengguna

Ini merupakan 5 emoji kegemaran pengguna. Yang pertama ialah gelak sehingga keluar air mata, ia sering kali digunakan untuk mengekspresikan perasaan kelakar dalam diri. Kedua ibu jari ke atas (thumbs up) sebagai tanda bagus, ketiga hati sebagai simbol sayang, keempat emoji seperti flying kiss dan kelima sedih.



Emoji digunakan ketika dating

Ada 3 emoji yang paling disukai individu apabila dating dan 3 kurang disukai. Berdasarkan pilihan responden, 3 emoji yang paling disukai itu semuanya mempunyai gambar hati. Manakala yang kurang disukai pula pertama sekali ialah emoji terung, keduanya tomato dan ketiga ialah emoji seolah-olah bergurau.

Emoji paling berkesan memotivasikan pekerja

Sebanyak 66% pengguna emoji suka apabila rakan sekerja menggunakan emoji ketika bekerja. Malah, 73% percaya bahawa penggunaan emoji dalam perbualan di tempat kerja dapat membantu pengguna berkongsi idea dengan cepat.

Selain itu, lebih daripada separuh generasi Z berasa puas hati dengan pekerjaan mereka apabila majikan atau ketua kumpulan mereka menggunakan emoji ketika berkomunikasi di tempat kerja.

Emoji pertama yang paling disukai ialah thumbs up, ia merupakan isyarat menunjukkan persetujuan, bagus dan suka. Kedua ialah emoji lengan, ini boleh diibaratkan seperti simbol kekuatan. Ketiga pula emoji menunjukkan jari telunjuk dan ibu jari menyentuh membentuk bulat, ia sering kali digunakan untuk menyatakan betul atau ok.

Berdasarkan tinjauan ini juga, majoriti bersetuju bahawa emoji akan berkembang dengan lebih baik dan lebih maju dalam lima tahun akan datang. Anda rasa emoji apa lagi perlu ditambah dalam galeri emoji untuk menjadikan penggunaannya lebih menyeronokkan?

[Sumber: 9TO5Mac, Adobe]

Tags: Emoji
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Emoji air mata paling disukai ramai, ini senarai emoji kegemaran pengguna

Emoji air mata paling disukai ramai, ini senarai emoji kegemaran pengguna

16 July 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN