• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Tempoh sah kredit AirAsia dilanjutkan lagi kepada 3 tahun

  • OLEH Najib
  • 2:08 pm
  • 24/07/2021
  • Komen
Tempoh sah kredit AirAsia dilanjutkan lagi kepada 3 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Pelanggan AirAsia yang menukar penerbangan mereka kepada Akaun Kredit, kini boleh menggunakannya untuk tempoh lebih lama. AirAsia kini mengumumkan bahawa mereka telah melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit kepada tiga tahun (36 bulan) dari tarikh kredit diberikan dan ia dilakukan secara automatik.

Tempoh sah kredit 3 tahun ini diberikan hanya untuk pelanggan yang mempunyai akaun kredit sah yang dikreditkan sebelum 30 Jun 2021.



Tempoh sah kredit 2 tahun sebelum ini

Bagaimanapun, tempoh lanjutan ini hanya sah digunakan untuk tempahan dalam talian yang dibuat melalui portal Airasia.com atau aplikasi Airasia Super App. Untuk tempahan berkumpulan atau yang dibuat melalui ejen pelancongan, pengguna boleh merujuk kepada ejen tempahan masing-masing untuk maklumat lanjut.

Lanjutan ini dilihat sebagai memberi ruang kepada pelanggan, yang masih tidak dapat menggunakan khidmat penerbangan akibat sekatan perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, yang masih tidak tahu bila ia akan berakhir. Ia juga mengelakkan aliran wang tunai keluar daripada Airasia, jika pelanggan mahu menuntut pemulangan wang tunai daripada kredit yang akan tampat tempoh sah.



Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan Airasia Group Adam Geneave berkata: “Kami sentiasa mengutamakan keperluan para tetamu kami dan memahami bahawa rancangan perjalanan mereka mungkin telah berubah mengikut keadaan semasa. Oleh itu, kami berbesar hati untuk melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit hingga tiga tahun di samping menawarkan fleksibiliti kepada mereka untuk membuat tempahan masa hadapan pada bila-bila masa, untuk mana-mana destinasi dan penerbangan pilihan mereka yang dikendalikan oleh AirAsia termasuklah pada waktu puncak. Akaun Kredit ini juga boleh digunakan untuk membayar elaun bagasi, pemilihan tempat duduk, tempahan hidangan dalam penerbangan, insurans, cukai dan fi kerajaan serta perkhidmatan pilihan lain. Selain itu, Akaun Kredit ini juga tidak terhad kepada tetamu yang membuat tempahan asal dan boleh digunakan untuk membayar penerbangan tetamu lain.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu kami yang telah memilih Akaun Kredit ini yang menawarkan lebih fleksibiliti untuk perjalanan masa depan mereka dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukan para tetamu kami apabila sekatan perjalanan dibuka.”

AirAsia juga ingin menasihatkan para tetamu yang bakal membuat perjalanan penting untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan, memeriksa semua keperluan perjalanan dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi pada setiap masa. AirAsia akan terus memantau keadaan semasa dan berhak untuk mengumumkan polisi selanjutnya mengikut perkembangan terkini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman support.airasia.com.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Tempoh sah kredit AirAsia dilanjutkan lagi kepada 3 tahun

Tempoh sah kredit AirAsia dilanjutkan lagi kepada 3 tahun

24 July 2021
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER