• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink Internet 365 diperkenal dengan tempoh sah data dan talian 365 hari

  • OLEH Najib
  • 12:57 pm
  • 26/07/2021
  • Komen
Hotlink Internet 365 diperkenal dengan tempoh sah data dan talian 365 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Hotlink kini menambawah tawaran prabayar mereka dengan memperkenal pelan baru Prabayar Hotlink Internet 365. Pelan ini menyediakan data internet yang sah digunakan selama 365 sehari serta langganan tempoh aktif talian lebih lama.

Pengguna Hotlink Internet 365 diberi 3 pilihan pembelian data yang sah digunakan selama 365 hari, tiada lagi tempoh harian, mingguan atau bulanan. Data yang disediakan adalah:



  • 2GB – RM6
  • 4GB – RM10
  • 10GB – RM20

Menurut ruangan soalan lazim FAQ, pas internet biasa, Hot Ticket dan Reload Plus tidak boleh dilanggan di dalam pelan Hotlink Internet 365. Jika mahu menambah data, hanya boleh membeli pas internet di atas sahaja. Tidak pula disebut mengenai pas HotlinkMU. Jadi ini adalah pelan yang tidak sesuai untuk penggunaan data yang banyak.

Selain itu, pengguna masih perlu memastikan bahawa talian mereka aktif untuk menggunakan data ini. Berita baiknya, Hotlink menyediakan tempoh sah lebih lama untuk setiap tambah nilai.



Tidak mengira berapa pun tambah nilai yang dibuat di Hotlink Internet 365, pengguna akan menerima tempoh sah talian selama 60 hari. Bermakna, tambah nilai RM5 mahupun RM50, tetap akan mendapat tempoh sah talian selama 60 hari.

Jika mahu tempoh sah lebih panjang, Hotlink Internet 365 turut menawarkan langganan tempoh sah 365 hari berharga RM30. Jadi pelanggan hanya perlu membayar RM55 untuk data 10GB yang boleh digunakan selama 365 hari. Atau serendah RM36 dengan 2GB data, pilihan yang baik untuk pengguna yang mahukan talian aktif dengan penggunaan data yang rendah, seperti peralatan Internet of Things (IoT) yang semakin banyak digunakan.

Hotlink Internet 365 turut menyediakan pakej kadar IDD dan panggilan rendah dan sah selama 365 hari iaitu RM2 bagi 15 minit panggilan ke Indonesia, RM2 untuk 30 minit panggilan ke Bangladesh dan India, serta RM4 untuk 10 minit.

Kepada pengguna baru yang berminat, boleh membeli pek prabayar SIM Hotlink Internet 365 secara dalam talian di laman web Hotlink, berharga RM25 dan datang dengan 10GB data yang sah selama 365 hari, tempoh sah talian 60 hari dan kredit RM2.

Selain itu, pek Prabayar Hotlink ini juga ada dijual di kedai seperti 7-Eleven, myNEWS dan 99 Speedmart berharga RM10 dengan kredit RM5 di dalamnya. Pengguna perlu menambah nilai untuk membeli data dan memanjangkan tempoh sah talian.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan baru ini, layari laman web Hotlink Internet 365.

[Sumber: Hotlink]

Tags: hotlinkHotlink Internet 365
Najib

Najib

POPULAR

Hotlink Internet 365 diperkenal dengan tempoh sah data dan talian 365 hari

Hotlink Internet 365 diperkenal dengan tempoh sah data dan talian 365 hari

26 July 2021
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN