• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penyelidik buktikan topi keledar magnet ini boleh kecutkan barah otak Glioblastoma

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:51 pm
  • 27/07/2021
  • Komen
Penyelidik buktikan topi keledar magnet ini boleh kecutkan barah otak Glioblastoma
Share on FacebookShare on Twitter

Glioblastoma adalah barah otak yang paling agresif pada golongan dewasa dan ia mengakibatkan jangka hayat individu menjadi singkat, iaitu antara beberapa bulan sehingga dua tahun. Rawatan untuk barah ini ialah pembedahan, kemoterapi dan terapi radiasi.

Namun penyelidik dari jabatan bedah saraf, Institut Neurologi Methodist Houston, berjaya mengecutkan barah tersebut lebih daripada satu per tiga, hanya dengan menggunakan topi keledar.



Topi keledar itu menghasilkan medan magnet dan pesakit boleh memakainya di kepala semasa menjalankan terapi di rumah sendiri. Ia mempunyai tiga magnet berputar yang disambungkan ke pengawal elektronik dan ia dikendalikan oleh bateri yang boleh dicas semula.

Seorang pesakit berusia 53 tahun telah melalui rawatan topi keledar magnet ini selama sebulan, namun dia telah meninggal dunia akibat kecederaan tidak berkaitan dengan barah. Dalam masa yang singkat itu, 31% jisim tumornya hilang. Autopsi pada otaknya mengesahkan bahawa barah itu mengalami tindak balas yang cepat terhadap rawatan tersebut.



Helmet ini pada mulanya perlu dipakai selama dua jam sehari dan kemudian ditingkatkan sehingga maksimum enam jam sehari.

Dengan adanya inovasi ini, mungkin satu hari nanti pesakit barah boleh mendapatkan rawatan tanpa radiasi dan tidak perlu melalui kemoterapi. Tapi, sudah pasti kos untuk menggunakannya mahal jika dibandingkan dengan rawatan yang sedia ada. Perincian prosedur mengenai peranti ini telah diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Oncology.

[Sumber: Engadget, Houston Methodist]

Tags: barahketumbuhan
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penyelidik buktikan topi keledar magnet ini boleh kecutkan barah otak Glioblastoma

Penyelidik buktikan topi keledar magnet ini boleh kecutkan barah otak Glioblastoma

27 July 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN