• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cip 4nm Mediatek akan hadir sebelum tamat 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:00 am
  • 29/07/2021
  • Komen
Perbandingan 5 Telefon Superbajet Bawah RM400 Tahun 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Perlumbaan SoC dalam nanometer paling kecil semakin hangat.

Mediatek dilaporkan akan hadir dengan produk 4nm sebelum habis 2021. Perkara tersebut diumumkan sendiri pengeluar itu dalam satu sidang pembentengan perolehan sukuan kepada para pelabur baru-baru ini.



MTK just said that its on its earnings call that its flagship 5G SoC will be out at the end of the year via TSMC 4nm. Multiple customers with the first one launching in 1Q22

— Bryan Ma (@bryanbma) July 27, 2021

Katanya mereka akan memanfaatkan pemerosesan 4nm TSMC dalam penghasilkan cip 5G yang bakal tiba itu. Cip Mediatek dalam kategori node paling kecil setakat ini ialah Dimensity 1200 (6nm).

Qualcomm juga nampaknya sedang mengintai ruang 4nm untuk penghasilan Snapdragon 895 mereka yang katanya akan dipecahkan tempahannya kepada Samsung dan TSMC. Di pihak Samsung pula, mereka telah tunda pengkomersialan 3nm pada tahun depan yang membuatkan mereka turut mengintai kategori 4nm.



Apple dan Intel lebih kedepan apabila mereka dikatakan akan menghasilkan produk baharu dalam kategori 3nm.

Namun, perlu diingatkan yang perlumbaan nanometer kini tidaklah sesignifikan dulu kerana ia tidak lagi melambangkan saiz transistor sebaliknya perubahan angka nanometer melambangkan naik taraf prestasi.

Misalnya, litografi 3nm dan 4nm TSMC sebenarnya masih berasaskan node 5nm tapi tatacara penghasilan yang ditambah baik menyebabkan cip mampu beroperasi dengan lebih cekap.

Tags: 4nmmediatek
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Perbandingan 5 Telefon Superbajet Bawah RM400 Tahun 2018

Cip 4nm Mediatek akan hadir sebelum tamat 2021

29 July 2021
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN