• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Program Pensijilan Pendidik Google bantu guru kuasai produk Google & kelas maya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:17 pm
  • 29/07/2021
  • Komen
Program Pensijilan Pendidik Google bantu guru kuasai produk Google & kelas maya
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Google Malaysia, melatih sehingga 5,000 orang guru sekolah kebangsaan melalui program The Google Certified Educator (Pendidik Pensijilan Google), agar mereka mempunyai Pensijilan Google dan ini merupakan sebahagian daripada Program Pensijilan DELIMA.

Program ini menjangkau guru-guru yang mungkin tidak mempunyai peluang latihan penguasaan, terhadap penggunaan produk Google yang digunakan di dalam bilik darjah maya.



Melalui satu perbincangan maya yang bertajuk Guru Pemangkin Transformasi Pendidikan, seramai 4 ahli panel mengetengahkan perspektif mereka tentang pembelajaran digital dan keperluan Pensijilan Google. Perbincangan ini dikendalikan oleh Alina Amir, pengasas bersama Arus Academy. 

4 panel yang terlibat itu ialah:



  1. Derosita Chok Mung Na, Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
  2. Muhammad Nuaim bin Bahron, guru di SK Sg Penipah Mukah,
  3. Nur Aimi binti Ramli, guru di SMK Nabawan
  4. Shahrun Niza binti Sofian, guru di SMK Tinggi Klang.

Mereka merupakan guru yang mempunyai pensijilan Google for Education.

Pensijilan Google tingkatkan keyakinannya untuk membimbing

Bagi Derosita, sebelum mempunyai Pensijilan Google, dirinya hanya melatih pendidik yang berada di daerah Kuching sahaja untuk membiasakan diri dengan aplikasi berkaitan dengan Google. Tetapi selepas mendapat sijil itu, beliau terdorong dan berasa yakin untuk memperluaskan latihannya dan kini latihan dijalankan di seluruh Negara.

Dapat mengembangkan bahan pengajaran luar buku teks

Selain itu, bagi Nur Aimi pula, dia merasakan bahawa faedah apabila ada Pensijilan Google ini ialah, dirinya menjadi lebih fleksibel terhadap pelajaran maya. Tambahnya, para guru kini dapat memperluas bahan pengajaran di luar buku teks untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

Dia juga boleh menyediakan bahan belajar di bilik darjah maya mengikut keperluan dan tahap kecekapan pelajar. Malah, pendedahan kepada pelbagai sumber yang terdapat di platform Google telah memberikannya peluang untuk memperluas interaktiviti pelajaran maya.

Mudah laksanakan tanggugjawab guru

Di samping itu, Shahrun Niza mengatakan bahawa pendedahannya terhadap Google Classroom di DELIMa telah membolehkan dia meneruskan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan cara yang sederhana, namun berkesan.

Dari segi penglibatan pelajar dikelas maya, Shahrun Niza berkongsi kepentingan komunikasi berterusan dengan para pelajar dan ini boleh dicapai melalui sesi individu yang dicatat dalam Google Calendar. Hal ini membantunya mengikuti kemajuan perkembangan pelajar, sekaligus membolehkannya mengenal pasti perkara yang perlu ditambah baik.

Bantu kerja pentadbiran sekolah

Selain memberi manfaat kepada para pendidik dan pelajar, Muhammad Nuaim berkongsi bahawa pembelajarannya dalam hal ini dapat diterapkan pada aspek lain juga, seperti membantu kerja-kerja pentadbiran sekolah. Melalui program ini, dia dapat melatih pelajarnya yang menyertai HIPPO International English Language Olympiad secara maya dan melaporkan kemajuan peserta kepada pengetua sekolah semasa pandemik Covid-19.

Oleh itu, kepada guru yang berminat untuk mendaftar dalam program The Google Certified Educator, anda boleh layari https://bit.ly/googledcp dan gunakan ID ‘moe-dl.edu.my’ untuk maklumat lanjut.

Saksikan perbincangan penuh melalui video di bawah.

[Sumber gambar: The Star]

Tags: GooglePdPR
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Program Pensijilan Pendidik Google bantu guru kuasai produk Google & kelas maya

Program Pensijilan Pendidik Google bantu guru kuasai produk Google & kelas maya

29 July 2021
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN