• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perkembangan Vaksin COVID-19 #19: Rakam video terima suntikan & Laporkan suntikan kosong

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:54 pm
  • 01/08/2021
  • Komen
Perkembangan Vaksin COVID-19 #19: Rakam video terima suntikan & Laporkan suntikan kosong
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang diketengahkan dalam video kali ini ialah, Malaysia akhirnya mencapai 500,000 pemberian dos suntikan vaksin setiap hari. Apa yang harus anda lakukan sekiranya anda pasti suntikan yang anda dapat itu kosong?

1. Malaysia lepasi 500,000 vaksinasi setiap hari

Program Imunisasi Kebangsaan telah mencatat rekod baru vaksinasi harian dengan memberikan lebih daripada 500,000 dos suntikan sehari. Ia berjaya dicapai pertama kalinya pada 22 Julai yang lalu dengan 507,050 dos.



2. Hanya 3 kes suntikan kosong yang telah disahkan

Sehingga 23 Julai lalu, hanya terdapat 3 insiden suntikan kosong daripada lebih 16 juta dos yang diberikan. Ini termasuklah suntikan pandu lalu di PPV di Sungai Petani, di mana juru vaksin telah mengaku dirinya cuai ketika itu. 

Dua kes yang berlaku di Banting dan MITEC disebabkan oleh kekeliruan kerana juru vaksin tidak terlalu yakin jika vaksin diberikan dengan betul. Individu yang terlibat itu telah diberikan suntikan yang sepatutnya.



3. Anda dibenarkan merakam video diri anda ketika menerima suntikan vaksin

YB Khairy telah mengumumkan bahwa setiap individu boleh merekam diri mereka sendiri ketika disuntik dengan vaksin. Hal ini adalah untuk membolehkan orang ramai mempunyai bukti yang kukuh dan yakin bahawa mereka mendapat dos yang tepat.

4. Laporkan suntikan kosong

Bagi individu yang mengesyaki bahawa mereka diberi suntikan vaksin kosong, polis menggesa agar mereka membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan. Polis juga meminta laporkan dilakukan sekiranya ada mengesan terdapat penjualan vaksin COVID-19 dalam pasaran terbuka. Laporan boleh dilakukan di balai polis yang berdekatan.

5. 16 juta dos vaksin diedarkan pada bulan Julai

Untuk bulan Julai, hampir 16 juta dos vaksin akan diedarkan ke seluruh negara. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, bulan Julai, Ogos dan September akan menjadi satu tempoh yang kritikal kerana Malaysia bakal menerima banyak pesanan vaksin. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mensasarkan untuk memvaksinkan sepenuhnya semua orang dewasa di negara ini pada akhir bulan Oktober.

6. 93% warga emas sudah divaksin setakat ini

Menurut YB Khairy, 2.9 juta daripada 3.1 juta warga emas telah menerima satu dos vaksin dan itu bersamaan dengan 93.55%. Sementara itu, 289,238 daripada 434,087 individu OKU atau 66.63% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos atau janji temu.

Fasa 2:

Warga emas: 2,889,259 telah mendaftar sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos

OKU: 289,238 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau diberikan janji temu

Komorbid: 6,324,874 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau diberikan janji temu

— Vaksin COVID-19 ?? (@JKJAVMY) July 28, 2021

7. Sebanyak 90% kes baru melibatkan orang belum divaksinkan

Bermula minggu lalu, Kementerian Kesihatan telah menunjukkan perincian kes COVID-19 mengikut kategori Covid, jumlah pesakit dan sejarah vaksinasi.

Pada 26 Julai, sebanyak 14,516 kes positif telah dilaporkan. 13,288 daripada kes itu melibatkan orang yang belum divaksinkan ataupun 91.5%. Pada 27 Julai, dilaporkan sebanyak 16,117 kes positif. Daripada jumlah itu, 14,176 melibatkan orang yang belum divaksinkan ataupun 88%.

Berdasarkan data ini, sekitar 90% kes adalah dari individu yang tidak mendapat walaupun satu dos vaksin.

8. Status Vaksinasi dan Pendaftaran

Setakat 27 Julai 2021, Malaysia telah memberikan lebih daripada 18 juta dos vaksin kepada individu. Lebih daripada 12.4 juta individu atau 38.2% penduduk telah mendapat suntikan pertama. Manakala hampir 6 juta orang atau 18.1% daripada jumlah penduduk telah mendapat dua dos suntikan.

Dari segi pendaftaran, hampir 20 juta individu telah mendaftar pada 25 Julai 2021. Selangor mempunyai jumlah tertinggi dengan lebih daripada 4.8 juta orang mendaftar.

Tags: Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Perkembangan Vaksin COVID-19 #19: Rakam video terima suntikan & Laporkan suntikan kosong

Perkembangan Vaksin COVID-19 #19: Rakam video terima suntikan & Laporkan suntikan kosong

1 August 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER