• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Kaedah salin & tampal semua pautan di tab Chrome dengan mudah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:55 pm
  • 01/08/2021
  • Komen
TIPS: Kaedah salin & tampal semua pautan di tab Chrome dengan mudah
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya apabila individu membuat kajian melalui Internet, banyak tab akan di buka untuk dijadikan rujukan. Malah, ada juga pelajar memerlukan semua pautan pada tab tersebut untuk di salin dan tampal (copy and paste) pada bahagian rujukan di kertas kajian pelajaran.

Untuk copy satu per satu pautan pada tab, mungkin akan menjadikan kerja seseorang itu lambat. Oleh itu, ini merupakan cara untuk salin semua pautan pada tab di Chrome serentak, kemudian tampalnya sekaligus pada dokumen seperti Google Docs atau Microsoft Words.



Simpan tabs sebagai Bookmarks

Mula-mula, anda perlu simpan semua tabs yang anda perlukan pautannya itu sebagai Bookmarks. Sebelum mula, pastikan semua tab yang anda perlukan sudah tersedia.

  1. Pada paparan Chrome anda, klik ikon menu (3 titik) di sudut kanan atas.
  2. Pada menu itu, tekan Bookmarks
  3. Dari Bookmarks itu, pilih Bookmark all tabs
  1. Kemudian akan keluar satu paparan yang perlu anda isi di bahagian name, berikan nama bookmark tersebut. Contoh dalam gambar di bawah saya tulis “Rujukan”
  2. Tekan save

Salin Bookmarks

Apabila anda mahu tampal semua pautan itu pada dokumen Words atau Docs, anda perlu buka Bookmarks semula. Boleh ikut langkah di bawah:



  1. Buka Bookmarks dan pilih Bookmark manager
  1. Tekan fail yang anda cipta sebelum ini.
  2. Dalam fail itu, pilih semua bookmarks yang ada
  3. Tekan right click dan pilih copy
  1. Tampalkannya pada dokumen anda

Dibandingkan copy dan paste satu per satu pautan, langkah yang saya tunjukkan ini tidak memakan masa yang lama untuk dilakukan. Selamat mencuba!

[Sumber: Laptopmag]

Tags: Link
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Kaedah salin & tampal semua pautan di tab Chrome dengan mudah

TIPS: Kaedah salin & tampal semua pautan di tab Chrome dengan mudah

1 August 2021
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN