• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna dan kedai sukar dapatkan penghantar Grab, adakah berlakunya boikot?

  • OLEH Najib
  • 1:15 pm
  • 02/08/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

KEMASKINI 3/8/2021: Tiada boikot, kurang penghantar waktu puncak menyebabkan sukar tempah makanan di Grab


Sehari dua ini, kami di SoyaCincau mendapati agak sukar untuk membuat tempahan makanan di GrabFood. Aplikasi melaporkan tiada pemandu atau penunggang berada di kawasan berhampiran. Perkara ini dilihat turut dirasai oleh penjual.



Dalam satu muat naik oleh pembuat roti dan pastri Kenny Hill Bakers, mereka menyatakan bahawa agak sukar untuk mendapatkan penunggang untuk menghantar tempahan makanan mereka. Ini kerana terdapat protes dilakukan terhadap Grab kerana telah memotong bayaran kepada rakan penghantar.

View this post on Instagram

A post shared by Kenny Hills Bakers (@kennyhillsbakers)

Perkara ini membuatkan platform penghantaran makanan lain menerima tempahan lebih banyak daripada biasa. Ia juga mengakibatkan kelewatan penghantaran. Kerana itu, Kenny Hill Bakers mengambil keputusan untuk menghentikan buat sementara tempahan di GrabFood dan akan membuka semula apabila operasi kembali pulih.



Tetapi carian di media sosial tidak menunjukkan sebarang hasil yang menjurus ke arah pemboikotan Grab. Tiada muat naik gambar atau status yang tular, malah tidak banyak juga yang berkata mengenainya.

Bulan lepas, Persatuan Pemilik Restaurant & Bistro (PPRB) meminta kerajaan untuk mengawal kadar bayaran yang dikenakan oleh dua syarikat penghantaran makanan gergasi di Malaysia, tanpa menamakan mereka. Ia dipercayai merujuk kepada GrabFood dan FoodPanda.

Menurut PPRB, penjual dikenakan caj 30% dan ke atas daripada harga jualan. Bagi menampung pengurangan hasil jualan akibat PKP, PPRB memohon agar komisyen ini boleh dikurangkan kepada 15% sehingga Januari 2022. Syarikat penghantar makanan boleh menampungnya menerusi permintaan yang meningkat sepanjang PKP. Tetapi ia tidak seharusnya diambil daripada bayaran penghantar makanan dan kebajikan mereka haruslah dipelihara.

Adakah anda sebagai pengguna terasa masalah untuk membuat tempahan di Grab Food beberapa hari ini? Atau anda penjual dan mempunyai kedai yang mengambil tempahan di Grab Food dan terkesan akibatnya? Kongsikan kepada kami menerusi ruang komen di bawah.

[Sumber: @_fildzahz]

Tags: GrabGrabFood
Najib

Najib

POPULAR

Pengguna dan kedai sukar dapatkan penghantar Grab, adakah berlakunya boikot?

2 August 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN