• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Liputan 3G akan dimatikan, Program Pensijilan Pendidik Google & Poco X3 GT tambah 5G | SBM #29

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:12 pm
  • 04/08/2021
  • Komen
Liputan 3G akan dimatikan, Program Pensijilan Pendidik Google & Poco X3 GT tambah 5G | SBM #29
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang diketengahkan dalam episod minggu ini, Reno 6 boleh caj penuh dalam 28 minit sahaja? PDRM belanja RM3 Juta untuk sebuah dron? kenapa individu masih bersambung ke rangkaian 3G walaupun ada dalam liputan 4G? dan banyak lagi isu lain yang dikupaskan.

1. Huawei P50 Pro & P50 diumumkan dan Snapdragon 888 jadi tunjang

Huawei telah lancarkan telefon flagship siri P50 iaitu Huawei P50 Pro dan Huawei P50. Kedua-dua model ini tidak menyokong rangkaian 5G tetapi ia dilengkapi komponen-komponen premium. Konfigurasi kamera pada Huawei P50 Pro digelar sebagai kamera Dual-Matrix. Menariknya, ia ada kamera telefoto 64MP yang katanya boleh zum digital sehingga 100 kali.



Spesifikasi penuh di sini.

2. Menangi Oppo Reno 6Z & Enco Air sempena pelancaran siri Reno 6

Oppo Malaysia akan lancarkan siri Oppo Reno 6 di Malaysia pada hari Rabu, 5 Ogos 2021 pukul 6.30 petang. Ia boleh ditonton di Facebook Oppo Malaysia dan YouTube Oppo Malaysia. Mereka menyediakan 15 unit Oppo Reno 6Z untuk diberikan sebagai hadiah kepada penonton.



Maklumat lanjut & spesifikasi telefon di sini.

3. Poco X3 GT tambah 5G dan pengecas 67W menjadi peranti bajet berkuasa tinggi

Poco telah melancarkan Poco X3 GT, ia akan dijual di Malaysia dan boleh dibeli secara eksklusif di Lazada pada harga serendah RM1299. Telefon ini dikuasakan cip flagship baru Mediatek, Dimensity 1100 yang dibina dari proses 6nm. Ia memiliki skrin LCD seluas 6.6-inci HD penuh, dengan penyegaran dinamik 120Hz dan kadar sentuhan 240Hz.

Spesifikasi penuh di sini.

4. PDRM belanja RM3 juta untuk sebuah dron?

Timbalan Ketua Polis, Datuk Seri Mazlan Lazim berkongsikan yang pihak mereka akan beroleh 16 dron berkuasa tinggi.

Persoalannya adalah ia ada menyebut angka RM48 juta ataupun kira-kira RM3 juta setiap satu untuk memperolehnya? Adakah jumlah tersebut memang untuk dron atau ia merupakan peruntukkan keseluruhan untuk mendapatkan dron bersama-sama 175 kenderaan pacuan empat roda?

Berita penuh di sini.

5. Program Pensijilan Pendidik Google bantu guru kuasai produk Google & kelas maya

Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Google Malaysia, melatih sehingga 5,000 orang guru sekolah kebangsaan melalui program The Google Certified Educator, agar mereka mempunyai Pensijilan Google dan ini merupakan sebahagian daripada Program Pensijilan DELIMA.

Ketahui kelebihan Pensijilan Google di sini.

6. Nokia XR20 kalis tendangan Roberto Carlos

Nokia telah lancarkan sebuah telefon tahan lasak, Nokia XR20 dan mereka menggunakan legenda bola sepak Roberto Carlos untuk mereplikasikan sepakan percuma bagi menguji ketahanan telefon ini. Kelihatan ia kalis air dan boleh jatuh pada ketinggian manusia biasa tanpa masalah.

Spesifikasi telefon di sini.

7. Tutup rangkaian 3G boleh tingkatkan liputan & kualiti talian mudahalih di Malaysia

Syarikat telekomunikasi secara berperingkat akan mematikan liputan 3G di Malaysia menjelang hujung tahun ini, untuk meluaskan lagi kapasiti rangkaian 4G dan 5G yang akan datang. Secara purata, pengguna 3G mempunyai kelajuan muat turun data 3.7Mbps sahaja, berbanding pengguna 4G dengan purata kelajuan 13.4Mbps.

Berita penuh di sini.

Tags: GoogleHuawei P50Huawei P50 Pronokia xr20OpenSignal MalaysiaOppo Reno 6Oppo Reno 6ZpdrmPoco X3 GT
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Liputan 3G akan dimatikan, Program Pensijilan Pendidik Google & Poco X3 GT tambah 5G | SBM #29

Liputan 3G akan dimatikan, Program Pensijilan Pendidik Google & Poco X3 GT tambah 5G | SBM #29

4 August 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER