• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelajar Taylor’s University, satu-satunya rakyat Malaysia terima biasiswa Google

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:42 pm
  • 04/08/2021
  • Komen
Pelajar Taylor’s University, satu-satunya rakyat Malaysia terima biasiswa Google
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap tahun, Google akan menawarkan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi. Menariknya untuk tahun ini, ada seorang pelajar dari Malaysia mendapat biasiswa tersebut dan dia merupakan pelajar dari Taylor’s University.

Dikenali sebagai Evelyn, dia adalah antara salah seorang yang mendapat biasiswa Generation Google Scholarship dalam sains komputer, serta satu-satunya rakyat Malaysia yang mendapat biasiswa Google.



Dirinya percaya bahawa ada stereotaip meluas menentang wanita dalam bidang teknologi. Oleh itu, dia ingin membuktikan bahawa perkara itu tidak berlaku dan individu diiktiraf dengan adil berdasarkan sumbangan mereka

Berita ini dikongsikan oleh Pengarah Urusan Google Malaysia, Marc Woo melalui akaun LinkIn-nya. Dia mengucapkan tahniah kepada pelajar tersebut kerana menjadi satu-satunya penerima di Malaysia yang mendapat biasiswa Generation Google Scholarship yang diberi khas untuk pelajar wanita dalam sains komputer.



Biasiswa ini ditubuhkan untuk membantu calon pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer untuk menjadi cemerlang dalam teknologi dan seterusnya menjadi pemimpin dalam bidang itu. Selain itu, Generation Google Scholarship diberikan dengan melihat kepada beberapa perkara seperti kepemimpinan yang ditunjukkan dan prestasi akademik pelajar.

Program ini terbuka untuk pelajar yang memenuhi semua kelayakan minimum. Google sebelum ini sangat menggalakkan golongan wanita yang berminat dalam bidang sains dan komputer untuk memohon.

Pelajar terpilih akan menerima USD1,000 (sekitar RM4,227) untuk tahun pengajian 2021-2022.

Kelayakan memohon Generation Google Scholarship

Tawaran ini telah dibuka pada 1-29 Mac 2021 yang lalu. Antara kelayakan yang diperlukan untuk memohon ialah:

  1. Pemohon mestilah wanita
  2. Pelajar sepenuh masa untuk tahun 2021-2022
  3. Menjadi pelajar tahun 1 atau 2 dalam program Sarjana Muda di universiti bertauliah di salah satu negara / wilayah Asia Pasifik berikut:
    1. India
    2. Taiwan
    3. Asia Tenggara: Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam
  1. Mempelajari sains komputer, atau bidang teknikal yang berkait rapat
  2. Ada rekod akademik yang cemerlang
  3. Menunjukkan kepemimpinan dan semangat untuk mewakili kumpulan yang jarang diwakili dalam sains dan teknologi komputer

Bagi pelajar dalam pengajian peringkat sarjana, pascasiswazah atau PhD tahun ke-3 atau ke-4, anda digalakkan untuk mengunjungi halaman Google Careers for Student (Kerjaya Google untuk pelajar) bagi mengakses peluang dan program yang hampir dengan tahap akademik anda.

Pelajar yang berminat akan diminta untuk melengkapkan permohonan dalam talian yang merangkumi:

  1. Maklumat umum mengenai latar belakang
  2. Resume / CV
  3. Transkrip akademik dari institusi yang anda sedang belajar atau institusi yang sebelumnya (jika anda telah memperoleh ijazah)
  4. Menjawab dua soalan esei pendek
  5. Google Online Challenge (Cabaran dalam talian Google)
  6. Penerima akan dipilih berdasarkan kekuatan keseluruhan karangan dan item permohonan.

Sekiranya anda ada sebarang persoalan mengenai biasiswa Google, anda boleh e-mel mereka di sini [email protected].

[Sumber: Google]

Tags: Biasiswa GoogleGoogle
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Pelajar Taylor’s University, satu-satunya rakyat Malaysia terima biasiswa Google

Pelajar Taylor’s University, satu-satunya rakyat Malaysia terima biasiswa Google

4 August 2021
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER