• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara pantas tukar fail PDF menjadi DOCX di telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:54 am
  • 05/08/2021
  • Komen
Cara pantas tukar fail PDF menjadi DOCX di telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak betul fail PDF disebarkan sekarang. Setiap perutusan, setiap pengumuman, semuanya akan disusuli dengan fail PDF.

Kalau anda nak tukarkan fail PDF itu menjadi fail yang boleh disunting menggunakan perisian word processing macam Microsoft Word, ikuti langkah ini.



Saya bahagikan tutorial ini kepada 2 iaitu:

  1. Tukar terus di peranti Android/iOS/Windows
  2. Gunakan solusi awan

Di Android/iOS/Windows

Cara ini sesuai digunakan bila anda tiada sambungan Internet dan fail PDF yang ingin ditukarkan itu sudahpun berada dalam peranti.



Tak kiralah anda di Android, iOS, ataupun Windows, saya sarankan anda gunakan perisian Microsoft Word (Android,iOS, Windows) sebab ia sudahpun ada fungsi yang kita perlukan. Maka, kita tak perlu lagi aplikasi tambahan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, di Microsoft Word, cari butang Open.

Buat pegguna Windows, ada langkah tambahan perlu dilakukan iaitu tekan Browse. Dalam tetingkap Browse, anda perlu tukar jenis fail yang ingin dibuka di bahagian kiri tetingkap kerana tetapan default ialah Docx.

Tukar saja daripada Docx kepada PDF.

Di peranti mudah alih pula, anda hanya perlu terus pergi ke fail yang ingin dibuka melalui butang This Phone.

Bila dah jumpa fail PDF yang ingin ditukar, terus sahaja buka. Tapi, anda masih belum boleh sunting kerana ia dibuka dalam keadaan Read-only. Untuk versi Windows, aka nada butang Enable Editing untuk ditekan manakala versi mudah alih, ia dipersembah dalam bentuk ikon.

Sebelum memberkan suntingan dilakukan, perisian akan beritahu mungkin akan terdapat sedikit perbezaan antara dokumen sumber dengan versi boleh sunting kerana sistem perlu menyesuaikan format dokumen sumber masuk ke format Windows.

Solusi awan

Ada banyak perkhidmatan dalam talian yang menyediakan fungsi ini. Di ruangan carian, taipkan sahaja frasa “PDF to Docx”, maka berlambaklah yang akan terpacul.

Contoh: Smallpdf

Penggunaannya sangat ringkas, ikut saja arahan yang terpampang atas paparan untuk mulakan proses penukaran.

Namun, saya tak sarankan anda gunakan solusi awan seandainya bahan yang anda ingin sunting adalah daripada jenis yang sensitive kerana fail tersebut perlu naik ke awan untuk ditukarkan. Anda takt ahu sama ada sesalinan dokumen anda sudahpun berada dalam komputer orang lain ataupun tidak.

Tags: pdftipstips & trickstips dan tricks
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cara pantas tukar fail PDF menjadi DOCX di telefon

Cara pantas tukar fail PDF menjadi DOCX di telefon

5 August 2021
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN