• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PTPTN anjur peraduan JomPAY and Win! Hadiah RM50,000 menanti peserta

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:57 pm
  • 05/08/2021
  • Komen
PTPTN anjur peraduan JomPAY and Win! Hadiah RM50,000 menanti peserta
Share on FacebookShare on Twitter

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Kumpulan Ambank Bhd (Ambank) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menganjurkan peraduan JomPAY and Win!

Peraduan ini diadakan bagi menghargai peminjam yang komited membuat bayaran balik pinjaman mereka. Ia berlangsung selama 3 bulan, iaitu dari 1 Ogos 2021 sehingga 31 Oktober 2021.



Kempen kali ini menawarkan hadiah lumayan bernilai RM50,000 untuk 50 orang pemenang. Hadiah yang disediakan adalah dalam bentuk wang tunai untuk bayar balik pinjaman atau ia akan dimasukkan ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). Berikut merupakan hadiah yang menanti pemenang bertuah:

  1. Pertama – RM11,000 untuk satu pemenang
  2. Kedua – RM8,000 untuk satu pemenang
  3. Ketiga – RM5,000 untuk satu pemenang
  4. Keempat – RM3,000 untuk satu pemenang
  5. Saguhati – RM500 untuk 46 pemenang

Jika jumlah baki pinjaman pemenang kurang daripada nilai hadiah yang dimenangi, maka lebihan jumlah hadiah itu akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan SSPN-i yang dibuka oleh pemenang sebagai pendeposit. Sekiranya pemenang tidak mempunyai akaun SSPN- i, pihak PTPTN akan membuat pembukaan akaun tersebut secara pre-opening (pra pembukaan).



Contoh, baki pinjaman anda adalah RM10,000. Anda memenangi tempat pertama, maka pinjaman anda akan dilunaskan dan baki RM1000 akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN-i.

Cara penyertaan

Peraduan ini terbuka untuk semua peminjam PTPTN. Untuk menyertainya, peminjam PTPTN perlu membuat bayaran balik pinjaman melalui saluran dalam talian JomPAY.

Bayaran balik dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh peraduan akan melayakkan peminjam mendapat satu cabutan dan penyertaan adalah secara automatik. Sekiranya anda membayar RM100 sebanyak 5 kali, anda akan mendapat 5 cabutan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca mengenainya di laman web rasmi PTPTN.

Sebagai maklumat tambahan, pembayaran balik wang pinjaman PTPTN bukan sahaja boleh di bayar melalui JomPAY, ia juga boleh dilakukan menerusi saluran berikut:

  1. Kaunter PTPTN di seluruh negara
  2. Kaunter ejen iaitu Bank Rakyat, Bank Islam, CIMB Bank, BSN dan Pos Malaysia
  3. Potongan gaji
  4. Direct Debit
  5. Kiosk PayQuik
  6. Razer Cash di 7-Eleven
  7. Kiosk Digi
  8. e-pay (Perkhidmatan e-pay boleh didapati di lokasi seperti Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com dan Petron)

[Sumber: BH, PTPTN]

Tags: PTPTN
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

PTPTN anjur peraduan JomPAY and Win! Hadiah RM50,000 menanti peserta

PTPTN anjur peraduan JomPAY and Win! Hadiah RM50,000 menanti peserta

5 August 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN