• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sertai Xiaomi POP Run 2021 dan menangi pelbagai hadiah menarik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:21 pm
  • 05/08/2021
  • Komen
Sertai Xiaomi POP Run 2021 dan menangi pelbagai hadiah menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi sedang mengadakan Xiaomi POP Run 2021, satu acara larian virtual yang menjanjikan pelbagai hadiah menarik dan penyertaannya adalah percuma.

Namun, untuk sertainya, anda perlulah miliki produk penjejak aktiviti Xiaomi yang mampu ditambat pada Mi Fit kerana semua data larian akan ditarik oleh penganjur melalui aplikasi itu.



Xiaomi POP Run 2021 berlangsung sehingga 15 Ogos 2021 ini dan tiada had larian ditetapkan kecuali tarikh akhir pengiraan adalah sehingga 11:59 malam pada hari terakhir acara. Jadi, anda perlu berlari sebanyak mungkin untuk mengatasi orang lain.

Anda boleh pergi ke laman ini untuk pendaftaran



Xiaomi sudahpun mengedarkan pek permulaan percuma kepada 200 peserta terawal berupa baju dan topeng muka. Kalau terlepas, jangan risau, masih ada banyak lagi hadiah boleh direbut mengikut kategori.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan

3 pelari teratas keseluruhan akan menerima:

  • Mi 11
  • Xiaomi Watch
  • Xiaomi Band 6
  • Mi POP Run beg goodie

Tempat ke-4 hingga ke-30 keseluruhan akan terima:

  • Xiaomi Watch
  • Xiaomi Band 6
  • Mi POP Run beg goodie

300 peserta pertama dalam kategori keseluruhan akan terima medal digital.

Ada juga kategori mengikut negara. Untuk kategori ini, pemenang akan diumumkan pada setiap minggu sehingga 15 Ogos 2021. Setakat artikel ini ditulis, anda masih ada 1 minggu penuh untuk merebut hadiah-hadiah menarik.

Pada akhir minggu, 3 pelari teratas akan terima:

  • Xiaomi Watch
  • Xiaomi Band 6
  • Mi POP Run beg goodie

Tempat ke-4 hingga ke-10 akan terima:

  • Xiaomi Band 6
  • Mi POP Run beg goodie

100 pelari teratas dalam kategori mengikut negara akan menerima sijil digital.

Tags: marathonxiaomixiaomi pop run 2021
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sertai Xiaomi POP Run 2021 dan menangi pelbagai hadiah menarik

Sertai Xiaomi POP Run 2021 dan menangi pelbagai hadiah menarik

5 August 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN