• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara cetak sijil digital vaksin MySejahtera COVID-19 di telefon

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:54 am
  • 09/08/2021
  • Komen
Cara cetak sijil digital vaksin MySejahtera COVID-19 di telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini 09 Oktober 2021

MySejahtera telah dikemas kini untuk benarkan anda eksport PDF terus daripada APP itu. Bacaan selanjutnya di sini.




Kerajaan sudah mula mengumumkan kelonggaran kepada golongan yang sudahpun lengkapkan program vaksin COVID-19. Antaranya adalah kebenaran untuk rentas negeri buat pasangan jarak jauh serta ibu bapa yang ingin melawat anak berusia kurang 18 tahun.

Rakyat lengkap vaksin COVID-19 akan dibenar rentas negeri, makan di kedai & bersukan

Maka tentu sekali ramai yang ingin cetak salinan sijil vaksin mereka untuk dikepilkan bersama-sama borang permohonan. Ini adalah langkah yang paling cekap di telefon untuk lakukannya.



Bahagian 1: Screenshot kod QR sijil digital

Buka APP MySejahtera dan pergi ke ruangan Profil. Kemudian scroll ke bahagian bawah sehingga anda jumpa dengan sijil digital vaksin anda.

Tekan butang Show QR dan anda akan dapati sijil itu akan terkalih ke bahagian belakang. Tangkap layar paparan ini untuk lengkapkan bahagian 1.

Saya nak ingatkan yang kod QR ini adalah unik dan hanya boleh digunakan sekali untuk lihat sijil. Kalau nak tengok untuk kali kedua, anda perlu “refresh” kod QR dengan tutup APP MySejahtera dan ulang langkah di awal tadi.

Bahagian 2: Baca kod QR

Macam-macam APP boleh anda gunakan, tapi gunakan saja apa yang sedia terpasang iaitu Google Photos (Android, iOS). Lancarkan Google Photos dan pergi ke bahagian Library, cari folder Screenshots.

Buka folder Screenshots dan buka gambar screenshot yang anda ambil di bahagian 1.

Selang beberapa ketika, akan ada butang Search inside screenshot terpacul. Kalau tiada, tekan butang Lens dibahagian bawah paparan. Google Photos akan membaca kod QR itu dan persembahkan kepada anda URL laman web yang mengandungi sijil digital.

Tekan URL dan anda akan dibawa ke pelayar web.

Bahagian 3: Cetak sijil vaksinasi COVID-19

Anda akan dibawa kepada pelayar web Chrome secara default. Tekan butang titik 3 bertindih di penjuru kanan dan cari butang Open in Chrome untuk dibawa ke pelayar versi penuh.

Tekan semula butang titik 3 bertindih di penjuru kanan dan cari butang Share.

Apabila tetingkap Share keluar, cari butang Print untuk dibawa ke tetingkap untuk mencetak. Ada dua benda anda perlu ubah tetapannya iaitu:

  • Tukar saiz kertas ke A3
  • Tukar pencetak kepada Save as PDF

Macam biasa, beri nama kepada fail PDF yang akan disimpan. Bila dah simpan, cari semula file PDF gunakan APP File Explorer anda.

Dah ada fail PDF, ada macam-macam boleh anda buat dengannya seperti cetak kedalam sijil fizikal ataupun simpan untuk rujukan kelak.

Tags: mysejahterasijil digital vaksin covid-19tipstips & trickstips dan tricksvaksinVaksin Covid-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cara cetak sijil digital vaksin MySejahtera COVID-19 di telefon

Cara cetak sijil digital vaksin MySejahtera COVID-19 di telefon

9 August 2021
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN