• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pengsan sendirian di dalam tandas, Apple Watch selamatkan lelaki ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:43 pm
  • 11/08/2021
  • Komen
Pengsan sendirian di dalam tandas, Apple Watch selamatkan lelaki ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini ada berita mengenai Apple Watch selamatkan nyawa wanita di Michigan dengan beri amaran tentang denyutan jantungnya yang tinggi. Baru-baru ini, dilaporkan pula peranti itu menyelamatkan nyawa seorang lelaki di Long Island setelah dia mengalami insiden pengsan secara tiba-tiba di tandas hospital.

Kisah bermula apabila Brandon Schneider, 25 tahun, memutuskan untuk pergi ke hospital setelah mengalami sakit perut yang teruk selama beberapa hari. Dia ditemani ayahnya ke bilik kecemasan hospital pada 12 Julai. Semasa lawatan itu, dia pergi ke tandas dan dalam beberapa minit dia pengsan secara tiba-tiba.



Schneider mengatakan Apple Watch yang dipakainya itu mengesan bahawa dia mengalami jatuh yang teruk. Oleh kerana dia tidak membalas mesej haptik dari Apple Watch itu dalam masa 45 saat, ayahnya kemudian menerima amaran daripada peranti itu dan memanggil kakitangan hospital untuk melihat keadaan anaknya.

Melalui imbasan CT (CT scan), Schneider dimaklumkan bahawa tulang tengkoraknya patah dan dia mengalami hematoma yang boleh meragut nyawa. Oleh itu, dia perlu menjalani pembedahan otak dengan segera.



Ciri pengesanan jatuh ini pertama kalinya di tambah di Apple Watch 4. Sekiranya anda tidak membalas amaran haptik dalam 45 saat setelah anda jatuh, ia akan menghantar notifikasi kepada kenalan yang anda tetapkan sebagai favourite.

Oleh itu, sekiranya anda ada Apple Watch, tetapkan nombor kenalan kecemasan anda di peranti itu, sama ada ibu bapa, adik-beradik, pasangan atau rakan, supaya kenalan anda tahu jika anda pengsan dan jatuh secara tiba-tiba.

[Sumber: 9TO5Mac, ABC]

Tags: appleapple watch
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pengsan sendirian di dalam tandas, Apple Watch selamatkan lelaki ini

Pengsan sendirian di dalam tandas, Apple Watch selamatkan lelaki ini

11 August 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN