• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Mix 4 dilancarkan dengan 2 teknologi unik yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:06 am
  • 11/08/2021
  • Komen
Mi Mix 4 dilancarkan dengan 2 teknologi unik yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lebih dua tahun Mi Mix 3 dilancarkan, keluarga Mix kini ada ahli baharu. Xiaomi Mi Mix 4 tampil depan muka depan tiada kamera selfie namun ia tidak lagi gunakan mekanisme luncur seperti sebelumnya.

Rahsianya adalah penggunaan teknologi Camera Under Panel (CUP) seperti yang dicanang pengeluarnya. Teknologi ini sama seperti yang kami laporkan tak lama dulu oleh Oppo. Menggunakan teknologi ini, piksel bahagian paparan yang berada di depan kamera dikecilkan dan litar lutsinar untuk benarkan cahaya menembusi dan pergi ke sensor kamera.



Tanggungjawab mengambil gambar selfie digalas oleh kamera 20MP.

Mix 4 asasnya adalah sebuah telefon dengan spesifikasi flagship. Mukanya dilengkapi panel 6.67” AMOLED FHD+ yang sokong macam-macam piawaian seperti Dolby Vision dan HDR10+. Audionya pula adalah stereo sebenar hasil talaan Harman Kardon.



Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 888+ dengan pelbagai konfigurasi RAM dan storan boleh dipilih mengikut harga. Berikut adalah senarai harga Mi Mix 4 di China.

  • Mi Mix 4 (RAM 8GB + storan 128GB) – RMB4,999 (RM3,226)
  • Mi Mix 4 (RAM 8GB + storan 256GB) – RMB5,299 (RM3,462)
  • Mi Mix 4 (RAM 12GB + storan 256GB) – RMB5,799 (RM3,789)
  • Mi Mix 4 (RAM 12GB + storan 512GB) – RMB6,299 (RM4,115)

Di bahagian kamera, telefon ini dilengkapi dengan kamera 108MP, 8MP (50x zum), dan 13mP (ultralebar), kombinasi hampir sama seperti Mi 11 Pro kecuali pada kamera 108MP yang diambil daripada Note 10 Pro.

Mix 4 diberikan bateri 4,500mAh. Tapi faktor penariknya bukanlah kapasiti bateri sebaliknya kemampuan menerima masuk tenaga pada kadar 120W. Dalam mode boost, ia boleh dicas penuh dalam masa 15 minit saja.

Malah, pengecasan wayarlesnya adalah lebih pantas daripada kebanyakan pengencasan berkabel pesaingnya. Pada 50W, ia boleh dicas penuh secara wayarles dalam masa 28 minit saja.

Setakat ini, Mix 4 cuma dijual dalam pasaran China dan masih belum kedengaran bilakah produk ini akan tiba ke persisir Malaysia.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Mi MIXxiaomixiaomi mi mixxiaomi mi mix 4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mi Mix 4 dilancarkan dengan 2 teknologi unik yang perlu anda tahu

Mi Mix 4 dilancarkan dengan 2 teknologi unik yang perlu anda tahu

11 August 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN