• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pasaraya Lotus’s kini terima ShopeePay, dapat pulangan tunai setiap hari

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:06 pm
  • 11/08/2021
  • Komen
Pasaraya Lotus’s kini terima ShopeePay, dapat pulangan tunai setiap hari
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan sahaja mudah, kaedah pembayaran secara elektronik merupakan satu cara yang digalakkan sejak kemunculan pandemik Covid-19. E-Wallet ShopeePay merupakan salah satu platform pembayaran digital di Malaysia, dan ia juga terpilih untuk program e-Belia.

Belanja RM15, terima pulangan RM3

Terkini, Lotus’s Stores Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), yang sebelum ini dikenali sebagai Tesco Malaysia, juga menerima pembayaran melalui ShopeePay. Transaksi ShopeePay boleh digunakan di 62 cawangan Lotus’s Stores di seluruh negara.



Bagi meraikan kerjasama Lotus’s dengan ShopeePay, pelanggan akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM4 apabila membayar barangan runcit dengan ShopeePay di mana-mana cawangan Lotus’s. Pembelanjaan minimum adalah RM40 dalam satu transaksi.

Bermula dari sekarang sehingga 29 September 2021 dan sempena dengan Shopee 8.8 Jualan Berjenama, setiap pembeli akan mendapat maksimum dua pulangan tunai sepanjang tempoh kempen ini.



Selain itu, sehingga 31 Disember 2021, pelanggan Lotus’s juga dapat menikmati pulangan tunai sebanyak RM3 dengan pembelanjaan minimum RM15 apabila menggunakan ShopeePay. Tetapi pelanggan hanya layak menerima pulangan wang ini, sehari sekali sahaja.

Pasaraya & kedai serbeneka terima ShopeePay

Selain pasaraya Lotus’s, anda juga boleh bayar menggunakan ShopeePay di pasaraya & kedai serbeneka lain, antaranya ialah:

  1. Billion
  2. Eco-Shop
  3. Econsave
  4. FamilyMart
  5. Hero Market
  6. KK Mart
  7. Lulu Hypermarket
  8. Mydin
  9. MyNews
  10. TF Value Mart

Untuk ketahui kedai berdekatan anda yang terima pembayaran dari e-wallet ini, anda boleh buka aplikasi Shopee, tekan Deals Near Me dan lihat pada bahagian Deals Nearby.

Tidak rugi bayar menggunakan kedah ini, sebab ada antara kedai tersebut menyediakan pulangan tunai apabila anda membayar menggunakan ShopeePay. Anda boleh semak tentangnya pada halaman Deals Near Me itu.

[Sumber: BH]

[Sumber gambar: Metro]

Tags: LotusShopeeShopeePay
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Pasaraya Lotus’s kini terima ShopeePay, dapat pulangan tunai setiap hari

Pasaraya Lotus’s kini terima ShopeePay, dapat pulangan tunai setiap hari

11 August 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN