• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Buds 2, TWS paling ringan pernah Samsung hasilkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:10 am
  • 12/08/2021
  • Komen
Galaxy Buds 2, TWS paling ringan pernah Samsung hasilkan
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan Galaxy Fold, Galaxy Flip, dan dua Galaxy Watch, Samsung turut memperkenalkan satu produk TWS, Galaxy Buds 2. Pada harga USD150 (RM636), ia adalah TWS dengan penyaring hingar aktif jenis earbuds termurah daripada jenama itu setakat ini.

Untuk perbandingan harga, Galaxy Buds Pro boleh didapati dalam pasaran Malaysia pada harga RM799 manakala Galaxy Buds Live, TWS jenis terbuka pula dijual pada harga RM549.

Bukan setakat earbuds termurah, ini adalah TWS paling ringan pernah Samsung hasilkan. Menurut helaian spesifikasi, sebelah Buds 2 cuma seberat 5g. Anda mungkin boleh terlupa yang anda sedang memakainya.

Di dalam setiap unit Buds 2 dilengkapi speaker jenis 2 hala yang katanya boleh hasilkan bunyi dengan julat dinamik lebih luas. Bolehlah anda jangkakan bunyi yang beresolusi tinggi semasa mendengar muzik mahupun bersembang.

Bercakap tentang sembang, dua mikrofon pada setiap belah TWS akan menyaring hingar keliling supaya audio tidak ditenggelami bunyi bingit sekeliling.

Satu cas penuh Galaxy Buds 2 boleh berikan anda waktu guna sehingga 5 jam dengan fungsi ANC terpasang. Berbekalkan tenaga tambahan yang terkandung dalam bekas penyimpanan, waktu penggunaan berjumlah 15 jam boleh dibekalkan kepada pemakai.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: audiosamsungsamsung galaxySamsung Galaxy BudsSamsung Galaxy Buds 2tws
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Galaxy Buds 2, TWS paling ringan pernah Samsung hasilkan

Galaxy Buds 2, TWS paling ringan pernah Samsung hasilkan

12 August 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN