• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Z Flip 3 terima skrin lebih besar, speaker stereo dan kalis air

  • OLEH Najib
  • 3:53 am
  • 12/08/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Galaxy Unpacked kali ini sangat istimewa, kerana Samsung melancarkan dua telefon pintar dengan skrin boleh lipat. Selain Galaxy Z Fold 3, Samsung turut memperkenal Galaxy Z Flip 3.

Nama telefon ini sebenarnya agak aneh kerana Z Flip ini baru generasi kedua, tetapi Samsung melompat nombor 2 terus kepada 3, mungkin kerana mahu menjadikan ia sama dengan Z Fold. Maka kita boleh menjangkakan, kedua-dua model Galaxy Z ini bakal dilancarkan bersama di masa akan datang, kerana ia memiliki sasaran pembeli yang berbeza.



Naik taraf pada Galaxy Z Flip 3 ini boleh dikata agak besar juga. Dari saiz fizikal, ia tidak banyak berubah dengan saiz skrin lipat yang sama. Tetapi ada beberapa fungsi baharu dilengkapi padanya.

Kali ini, Samsung memasang cip paling berkuasa iaitu Snapdragon 888, digandingkan dengan RAM LPDDR5 8GB dan storan UFS 3.1 antara 128GB dan 256GB. Telefon ini dilengkapi bateri 3,300mAh dan sokongan pengecas pantas 25W USB-C.



Samsung turut memperkukuh fizikal Galaxy Z Flip 3 dengan menggunakan Armor Aluminium untuk badannya, dan lapisan kaca Corning Gorilla Glass Victus di skrin. Ini memberikan ketahanan yang lebih lasak padanya. Pengimbas capjari masih sama, digabungkan dengan butang kuasa.

Skrin di dalam boleh lipat, masih kekal sama seperti Z Flip yang lepas iaitu Dynamix AMOLED 2X. Ia berukuran 6.7-inci HD penuh dan berkadar penyegaran 120Hz adaptif.

Naik taraf besar pertama adalah skrin di luar. Kini ia seluas 1.9-inci dengan PPI sama padat, jenis Super AMOLED. Selain memaparkan notifikasi, skrin luar ini juga boleh digunakan untuk paparan mengambil gambar swafoto.

Di bahagian kamera juga tidak berubah. Di luar ia memiliki dwi kamera iaitu kamera utama 12MP F1.8 dwi-piksel OIS dan kamera ultra lebar 12MP F2.2. Di dalam, kamera masih terletak di dalam lubang di dahi tengah skrin, iaitu kamera 10MP F2.4.

Naik taraf seterusnya adalah pada sistem bunyi, kini dengan pembesar suara stereo. Tetapi naik taraf paling besar adalah sokongan kalis air IPx8, sama seperti Z Fold 3. Ujian menunjukkan ia boleh masuk ke dalam air segar sedalam 1.5 meter sehingga 30 minit lamanya.

Tiada sokongan S Pen di Z Flip 3, tetapi Samsung memperkenal beberapa aksesori yang menarik. Pengguna boleh mendapatkan casing yang menjadikan Z Flip 3 seperti rantai kunci serta casing yang mudah diselit tangan agar lebih selesa dipegang tanpa risau terjatuh.

Warna dan harga

Samsung turut menambah pilihan warna untuk Galaxy Z Flip 3. Ia disediakan dalam 4 warna iaitu krim, hijau, ungu dan hitam. Tetapi khas untuk pasaran terpilih, Samsung menyediakan 3 lagi warna tambahan iaitu kelabu, merah jambu dan putih.

Harga pelancaran Z Flip 3 juga lebih murah berbanding Z Flip tahun lepas. Ini mungkin kerana ia ditawarkan dengan storan lebih kecil 128GB, diberi harga USD999. Penjualannya di Malaysia masih belum diumumkan, tetapi kita mungkin boleh melihat harganya di sini bermula dari RM3,999. Ini lebih murah berbanding Z Flip yang dilancarkan di sini berharga RM5,888.

Untuk mengenalinya lebih lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy Z Flip 3.

Tags: samsungSamsung galaxy z flip 3
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Samsung Galaxy Z Flip 3 terima skrin lebih besar, speaker stereo dan kalis air

12 August 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER