• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Google Meet benarkan tambah sehingga 25 co-host, bantu kawal peserta

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:55 pm
  • 13/08/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Google akan menambah ciri baru di Google Meet untuk pelanggan Google Workspace, di mana sehingga 25 co-host (hos bersama) boleh ditambah untuk membantu mengawal peserta.

Sebelum ini, penambahan co-host hanya dibenarkan untuk pelanggan Google Workspace for Education sahaja.



Sebagai Co-host, anda boleh mengawal persidangan tersebut seperti, mengehadkan siapa yang boleh berkongsi skrin dan menghantar mesej sembang, mute (membisukan) semua peserta dengan satu klik, menamatkan mesyuarat di Google Meet dan mengawal siapa yang boleh menyertainya.

Cara tambah co-host

Untuk menambah co-host, anda perlu pastikan individu itu sudah sertai ruang Google Meet. Pada bahagian panel People, pilih co-host yang anda mahu, tekan 3 titik di bahagian kanan dan pilih add as co-host.



Dengan kemaskini ini, pastinya ia dapat membantu hos mencegah sebarang kemungkinan gangguan dari peserta lain, kerana co-host boleh bantu anda mengawal mereka.

Selain itu, hos utama juga boleh mendapat lebih banyak masa untuk memfokuskan perbincangan utama dan membimbing peserta melalui pembentangan.

Ciri baru ini akan menemui pengguna di Android, iOS dan juga web bermula pada pada 16 Ogos 2021.

Google Meet juga akan menyediakan tetapan baru Quick Access untuk pelanggan Google Workspace. Ia akan diaktifkan secara default. Dengan tetapan Quick Access baru itu, peserta mesyuarat dari domain anda secara automatik dapat menyertai mesyuarat tanpa perlu meminta kebenaran. Hos juga boleh sertai mesyuarat kemudian, iaitu setelah peserta bersedia di ruangan itu.

Tetapi jika tetapan itu dimatikan, mesyuarat tidak akan dapat dimulakan sehingga hos menyertainya.

[Sumber: TheVerge, Google]

Tags: Googlegoogle meet
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google Meet benarkan tambah sehingga 25 co-host, bantu kawal peserta

13 August 2021
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN