• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda boleh menang Oppo Reno 6 Pro dengan menonton majlis pelancarannya

  • OLEH Najib
  • 12:20 pm
  • 16/08/2021
  • Komen
Anda boleh menang Oppo Reno 6 Pro dengan menonton majlis pelancarannya
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memberi sedikit petunjuk, Oppo Malaysia kini mengesahkan tarikh pelancaran telefon pintar Oppo Reno 6 Pro. Ia akan diadakan secara dalam talian pada 17 Ogos 2021, pukul 6.30 petang.

Bagi yang berminat menonton, ia akan disiarkan secara langsung di Facebook Oppo Malaysia dan YouTube Oppo Malaysia. Malah, penonton juga berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 5 hadiah yang disediakan.



Oppo Malaysia menyediakan sebanyak 2 unit telefon pintar Oppo Reno 6 Pro sendiri, serta 3 unit fon telinga Oppo Enco Air sebagai hadiah kepada penonton semasa pelancaran Reno 6 Pro. Untuk mengetahui cara memenanginya, anda kenalah tonton sendiri nanti.

Setakat ini, Oppo Malaysia hanya mengesahkan bahawa Reno 6 Pro dikuasakan cip Snapdragon 870, RAM sebesar 12GB dan storan dalaman 256GB. Ia juga akan datang dalam dua skema warna iaitu biru dan kelabu.



Apabila dibandingkan spesifikasi dan rupa Reno 6 Pro ini, didapati bahawa ia menyerupai Reno 6 Pro+ yang telah dilancarkan di China. Model yang sama di China ini memiliki skrin AMOLED sebesar 6.55-inci HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. RAM daripada jenis LPDDR4x dan storan dalaman UFS 3.1.

Reno 6 Pro+ di China

Di belakang, ia memiliki 4 kamera iaitu kamera utama 50MP OIS menggunakan sensor Sony IMX766 bersaiz 1/1.56-inci, kamera ultra lebar 16MP, kamera telefoto 13MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 32MP, terletak di dalam lubang kecil di sudut atas skrin.

Tenaga akan disalurkan oleh bateri berkapasiti 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 65W melalui port USB-C. Sebagai rujukan, Reno 6 Pro+ dengan RAM 12GB dan storan 256GB dijual di China pada harga CNY 4,499 (~RM2,941).

Adakah Reno 6 Pro di Malaysia akan dijual melebihi RM3,000? Apa yang pasti, ia akan menjadi siri Reno paling mahal dijual di sini nanti.

[Sumber: Oppo]

Tags: oppoOppo Reno 6 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Anda boleh menang Oppo Reno 6 Pro dengan menonton majlis pelancarannya

Anda boleh menang Oppo Reno 6 Pro dengan menonton majlis pelancarannya

16 August 2021
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN