• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A16 dilancar dengan diskaun dan hadiah percuma untuk pembeli terawal

  • OLEH Najib
  • 1:53 pm
  • 17/08/2021
  • Komen
Oppo A16 dilancar dengan diskaun dan hadiah percuma untuk pembeli terawal
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lama Oppo tidak melancarkan telefon pintar mampu milik di bawah RM600. Kini mereka membawakan sebuah model baru, Oppo A16 dengan tawaran harga istimewa dan hadiah percuma untuk pembeli terawal.

Telefon pintar Oppo A16 akan mula dijual di Malaysia pada 19 Ogos 2021 di Stor Online Oppo dan Stor Oppo di Shopee. Harga rasminya telah ditetapkan pada RM549 dan datang dalam tiga pilihan warna: Hitam, Biru dan Perak.



Bagi meraikan ketibaannya, Oppo Malaysia menawarkan diskaun sebanyak RM30 bersama hadiah percuma kad mikroSD Strontium 32GB dan baucar album gambar kulit keras 8×8 (bernilai RM119). Tawaran ini diberikan kepada pembelian yang dibuat antara 19 hingga 26 Ogos di Stor Oppo di Shopee.

Selain itu, 20 pembeli pertama Oppo A16 yang meninggalkan komen dan reviu di Shopee, akan turut menerima baucar GrabFood bernilai RM5. Oppo juga akan mengadakan siaran langsung khas pada 20 Ogos 2021 di Shopee. Sebanyak 50 keping baucar Shopee bernilai RM20 disediakan kepada penonton yang bertuah.



Spesifikasi

Kuasa cip Mediatek Helio G35 digunakan sebagai penggerak utama di Oppo A16. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR4x 3GB dan storan eMMC 5.1 sebesar 32GB, serta sedia menerima kad mikroSD untuk meluaskan storan.

Skrinnya dari jenis LCD, berukuran 6.52-inci dan memiliki resolusi HD 720p serta kadar penyegaran 60Hz. Pengimbas capjari digabungkan dengan butang kuasa di sisi.

Sebanyak 3 kamera dipasang di belakang iaitu kamera utama 13MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapannya 8MP, terletak di dalam takuk di atas skrin.

Jek audio 3.5mm masih ada di Oppo A16 dan ia menggunakan pembesar suara mono untuk mengeluarkan bunyi. Telefon ini dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Oppo A16.

Tags: oppoOPPO A16
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Oppo A16 dilancar dengan diskaun dan hadiah percuma untuk pembeli terawal

Oppo A16 dilancar dengan diskaun dan hadiah percuma untuk pembeli terawal

17 August 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER