• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:08 pm
  • 17/08/2021
  • Komen
Oppo Reno 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli ketiga keluarga Reno 6 telah tiba di Malaysia dengan spesifikasi flagship. Oppo Reno 6 Pro akan mula dijual pada 24 Ogos 2021 pada harga RM2,999.

Sebagai perbandingan, dua lagi Reno6 yang dilancarkan terdahulu dijual pada harga seperti beikut:



  • Reno 6 Z – RM1,699
  • Reno 6 – RM2,399

Oppo Malaysia sudahpun membuka program tempahan awal untuk memiliki Reno 6 Pro sehingga 23 Ogos 2021 ini. Setiap tempahan awal akan menerima hadiah bernilai RM1,099 yang merangkumi:

  • Oppo Enco Air
  • Mighty Mug
  • Jaminan Perlindungan Skrin 1 tahun
  • Langganan HeyTap Cloud 1TB selama 1 tahun
  • Baucar Grab RM50

Sekiranya anda beli di luar tempoh tempahan awal pula, anda terima perkara yang sama kecuali Jaminan Perlindungan Skrin 1 Tahun.



Anda boleh lakukan pembelian di Lazada ataupun laman rasmi Oppo.

Spesifikasi Oppo Reno 6 Pro

Reno 6 Pro miliki fizikaliti serupa dengan Reno 5 Pro. Di bahagian muka, ia ada panel paparan AMOLED sebesar 6.55”. Selain menyokong HDR10+, panel ini juga miliki refresh rate setinggi 90Hz.

Paparan cantik itu diperlengkapkan dengan sepasang speaker stereo untuk pengalaman multimedia yang baik.

Atas papan utama, SoC yang memperkasakan telefon ini ialah Snapdragon 870 5G, dengan RAM sebesar 12GB serta storan seluas 256GB. Melalui fungsi RAM Extension, telefon ini boleh memanfaatkan sehingga 7GB storan untuk dijadikan RAM sementera.

Di jabatan pengimejan, Oppo memang tidak kedekut dengan spesifikasi. Di belakang, anda terima 4 kamera dengan konfigurasi 50MP, 16MP (ultralebar), 13MP (telefoto), dan 2MP (makro). Selfie pula diambil dengan kamera 32MP.

Ada macam-macam ciri kamera yang menarik dalam sistem operasi ColorOS 11.3 telefon ini. Antaranya ialah ciri Bokeh Flare yang disokong dalam mode video dan foto, dual video, dan AI Highlights.

Membekalkan tenaga kepada Reno 6 Pro ialah bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sistem pengecasan pantas 65W SuperVOOC2.0

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: oppoOppo RenoOppo Reno 6Oppo Reno 6 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Reno 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Oppo Reno 6 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

17 August 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER