• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Amazfit

Amazfit PowerBuds Pro, fon telinga ANC dengan fungsi pemantau kecergasan

  • OLEH Najib
  • 12:56 pm
  • 18/08/2021
  • Komen
Amazfit PowerBuds Pro, fon telinga ANC dengan fungsi pemantau kecergasan
Share on FacebookShare on Twitter

Amazfit adalah nama yang dikenali sebagai pengeluar jam pintar dan kecergasan yang mampu milik. Mereka kini menceburi bidang teknologi bunyi dengan melancarkan produk audio yang dilengkapi fungsi kecergasan, Amazfit PowerBuds Pro.

Produk terbaru Amazfit ini adalah fon telinga TWS yang memiliki pengesan denyutan nadi. Ia boleh memberitahu maklumat semasa denyutan nadi serta mengingatkan pengguna untuk duduk di kerusi dalam kedudukan yang baik.



Sebagai fon telinga, Amazfit PowerBuds Pro datang bersama teknologi penyaring hingar aktif (ANC) sehingga 40dB. Ini memberikan pengguna pelbagai mod untuk menyaring hingar atau mendengar segalanya, seperti di dalam rumah, semasa berjalan, semasa beraktiviti kecergasan ataupun adaptif yang berubah automatik.

Terdapat 3 mikrofon dipasang di setiap belah bud telinga untuk membantu bukan sahaja menangkap suara pengguna dengan jelas, tetapi mengurangkan bunyi bising sekaligus menyaringnya dari didengar.



Hayat bateri padanya juga panjang, sehingga 9 jam di fon telinga sahaja tanpa ANC, atau 5 jam 45 minit dengan ANC. Tenaga ini boleh dipanjangkan lagi dengan pengecasan di bekas penyimpan, sehingga 30 jam tanpa ANC dan 19 jam bersama ANC aktif. Bekas ini boleh dicas melalui port USB-C, tiada pengecasan wayarles.

Bagi aktiviti kecergasan, PowerBuds Pro diiktiraf kalis percikan air dan debu IP55. Jadi pengguna tidak perlu risau akan peluh mahupun berlari di dalam hujan. Semasa bersenam, dapatkan maklumat kecergasan seperti denyutan nadi dan kepantasan larian, dengan hanya menyentuh seketika fon telinga.

Manakala sensor pecutan yang terdapat padanya, boleh memantau sudut duduk pengguna dan memberi peringatan untuk bergerak jika duduk terlalu lama.

Fon telinga ini serasi digunakan bersama peranti Android 5.0 ke atas, dan juga peranti iOS 10.0 ke atas. Pelbagai tetapan lanjut dan maklumat berkaitan, boleh ditemui menggunakan aplikasi Zepp yang terdapat di Apple Appstore dan Google Playstore.

Promosi Jualan

Bagi yang berminat, fon telinga Amazfit PowerBuds Pro akan mula dijual di Malaysia pada 21 Ogos 2021, dengan harga rasmi RM699. Tetapi khas pada jualan hari pertama di Stor Amazfit di Shopee, pembeli akan menerima diskaun RM60, menjadikan harga jualannya cuma RM639.

Untuk maklumat lanjut mengenai fon telinga kecergasan ini, layari laman produk Amazfit PowerBuds Pro.

Tags: amazfitAMAZFIT POWERBUDS PRO
Najib

Najib

POPULAR

Amazfit PowerBuds Pro, fon telinga ANC dengan fungsi pemantau kecergasan

Amazfit PowerBuds Pro, fon telinga ANC dengan fungsi pemantau kecergasan

18 August 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN