• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jika anda memiliki PSU Gigabyte ini, anda boleh tukarnya secara percuma

  • OLEH Najib
  • 4:00 pm
  • 18/08/2021
  • Komen
Jika anda memiliki PSU Gigabyte ini, anda boleh tukarnya secara percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu perkara penting untuk pembina komputer desktop berkuasa tinggi adalah, pemilihan punca kuasa atau PSU yang berkualiti. Baru-baru ini, dilaporkan bahawa dua model PSU keluaran Gigabyte, iaitu GP-P750GM dan GP-P850GM menerima banyak kritikan kerana ada yang meletup ketika diuji atau rosak sebaik tiba.

Bagi menjawab persoalan orang ramai, Gigabyte tampil dengan kenyataan rasmi. Menurut Gigabyte, dua model PSU keluaran mereka ini, GP-P750GM dan GP-P850GM berdepan masalah kerana fungsi keselamatannya iaitu “Perlindungan Lebih Kuasa” atau ‘Over Power Protection’ (OPP).



OPP bertindak seperti fius di mana ia akan mematikan PSU jika mengesan terlalu banyak kuasa mengalir di dalam PSU. Kedua-dua model ini telah ditetapkan untuk mengaktifkan OPP apabila mencecah antara 120% ke 150% tahap biasa. Bermakna, sekitar 1,020W ke 1,300W untuk GP-P850GM, dan 900W ke 1,125W bagi GP-P750GM.

Bagaimanapun, ujian berkuasa tinggi yang dibuat oleh rakan media (mungkin merujuk kepada Gamer Nexus) sangat hampir dengan OPP, tetapi tidak cukup tinggi untuk mengaktifkannya. Bagaimanapun, perkara ini memberi tekanan terlampau tinggi kepada PSU, sekaligus membawa kepada kerosakan komponen di dalamnya.



Sebagai langkah lebih selamat, Gigabyte telah mengubah tahap OPP di kedua-dua model PSU lebih rendah. GP-P750GM dan GP-P850GM akan dimatikan sendiri apabila ia mencecah kuasa sekitar 110% ke 120% dari kadar maksimum, iaitu : 950W ke 1050W bagi GP-P850GM dan 825W ke 925W untuk GP-P750GM.

Gigabyte turut menjelaskan bahawa penggunaan ujian tekanan tinggi terhadap PSU bukan menunjukkan penggunaan dunia biasa.

Untuk memberi ketenangan minda kepada pengguna yang sudah pun memiliki PSU Gigabyte ini, mereka kini menawarkan pemulangan dan penggantian percuma untuk nombor siri yang disenaraikan di bawah:

Gigabyte GP-P750GM: nombor siri antara SN20243G001301 ke SN20453G025430

Gigabyte GP-P850GM: nombor siri antara SN20343G031011 ke SN20513G022635

Menurut Gigabyte, jika nombor siri tersebut tidak tersenarai, bermakna tahap OPP-nya telah diubah kepada tahap yang baru. Untuk pemilik di Malaysia, anda boleh menghubungi Pusat Servis Gigabyte Malaysia atau khidmat sokongan pelanggan Gigabyte Malaysia di laman web mereka dahulu.

Sememangnya ini adalah langkah yang wajar diambil Gigabyte kerana terlalu banyak laporan mengenai masalah yang timbul. Bagaimanapun, ia tidak menjawab persoalan tentang kenapa banyak PSU dari model yang sama, tidak dapat digunakan atau rosak apabila tiba ke tangan pembeli. Malah, Gamers Nexus turut melaporkan berlakunya letupan pada tahap 60% kuasa, bukannya melebihi tahap biasa. Ia turut berlaku dalam masa dua minit selepas ujian dijalankan, bukannya waktu yang terlalu lama seperti dinyatakan Gigabyte.

Tags: GigabyteGIGABYTE GP-P750GMGIGABYTE GP-P850GM
Najib

Najib

POPULAR

Jika anda memiliki PSU Gigabyte ini, anda boleh tukarnya secara percuma

Jika anda memiliki PSU Gigabyte ini, anda boleh tukarnya secara percuma

18 August 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER