• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MOBA Pokemon Unite akan tiba di Android dan iOS pada 22 September 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:31 pm
  • 19/08/2021
  • Komen
MOBA Pokemon Unite akan tiba di Android dan iOS pada 22 September 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Pokemon Unite, permainan ala-ala Mobile Legends dan Arena of Valor dilaporkan akan tiba di platform mudah alih Android dan iOS pada 22 September 2021. Lebih menarik, ia turut menyokong fungsi rentas platform.

#PokemonUNITE is coming to mobile on September 22!

Pre-register for special rewards! pic.twitter.com/r671Bs31el

— Pokémon UNITE (@PokemonUnite) August 18, 2021

Hal ini bermakna, anda boleh bersaing dengan pemain yang ada di platform Android, iOS, dan Nintendo Switch sekali gus. Lebih menarik, semua data anda dikongsi antara platform ini. Makanya, anda boleh berhenti bermain di konsol dan sambung di Android tanpa masalah.



Pokemon Unite di Android

Pokemon Unite di iOS



Versi Nintendo Switch permainan ini sudahpun tiba terlebih dahulu pada hujung Jun 2021. Bagi merancakkan lagi kehangatan Pokemon Unite, akan ada hadiah menarik bila anda lakukan pendaftaran awal.

Pokemon Unite adalah produk hasilan bersama antara The Pokemon Company dengan studio permainan TiMi Studio Group. Studio permainan ini adalah subsidiari kepada syarikat Tencent dan entiti sama yang menghasilkan Arena of Valor.

Malah, sewaktu trailer-nya dilancarkan, ia menerima kritikan daripada peminat kerana keterlibatan China dalam francais ini. Walau apapun, anda boleh jangkakan mekanik dan asset grafik yang hampir serupa antara keduanya.

Tags: pokemonPOKEMON UNITE
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
MOBA Pokemon Unite akan tiba di Android dan iOS pada 22 September 2021

MOBA Pokemon Unite akan tiba di Android dan iOS pada 22 September 2021

19 August 2021
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Proton S70 MC 2026 dilancar: Enjin 4-silinder 179hp, kini ada Apple CarPlay, harga dari RM69K

Proton S70 MC 2026 dilancar: Enjin 4-silinder 179hp, kini ada Apple CarPlay, harga dari RM69K

12 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER