• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Ride dilancarkan, pesaing Grab terbaru dan ini kelebihannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:04 pm
  • 24/08/2021
  • Komen
AirAsia Ride dilancarkan, pesaing Grab terbaru dan ini kelebihannya
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia hari ini telah melancarkan perhidmatan e-Hailing mereka yang dinamakan AirAsia Ride. Ia ditawarkan melalui APP AirAsia dan tentu sekali bakal bersaing dengan Grab. Apa beza AirAsia Ride dengan Grab?

Penumpang boleh pilih pemandu

Macam Grab, AirAsia Ride pun menyediakan pelbagai jenis kenderaan, daripada kategori kompak hinggalah premium MPV. Tapi untuk AirAsia Ride, anda bukan saja boleh pilih kategori kenderaan, malah anda boleh pilih pemandunya sekali.



Berguna untuk pengguna wanita, ada juga butang Lady Driver’s kalau-kalau lebih selesa mendapatkan servis daripada jantina yang sama.

Berdasarkan antaramuka AirAsia Ride, ia nampak seperti diambil daripada Dacsee. TIdak diketahui sama ada AirAsia mengambil alih ataupun bekerjasama dengan jenama tersebut.



Pengunaan kaedah analitis data untuk tingkatkan kecekapan

AirAsia Ride akan menganalisis pola penggunaan perkhidmatan mereka untuk berikan pengalaman penggunaan yang lebih menyeluruh.

Contohnya, jika pengguna itu ada penerbangan dengan AirAsia, APP akan menyarankan mereka menempah pengangkutan untuk ke lapangan terbang.

Penumpang daripada lapangan terbang memang sangat diburu oleh pengusaha e-Hailing kerana upah yang lumayan. Jadi, AirAsia ingin pemandu mendapatkan penumpang daripada kategori ini sebanyak mungkin.

Tiada penalti jika pemandu tolak job

AirAsia katakan yang mereka akan beri lebih banyak ganjaran untuk pemandu yang sudahkan tugas berbanding mengenakan penalti kepada pemandu yang tolak.

Namun, bunyinya macam pelanggan yang akan kerugian kalau-kalau tiada pemandu yang sanggup terima penumpang itu.

Menurut AirAsia, mereka yakin yang perkara ini tidak akan berlaku kerana mereka ada cukup pemandu untuk memenuhkan setiap job yang muncul.

Penumpang boleh tawarkan upah tinggi sewaktu menempah

Penumpang yang ingin mendapatkan pemandu lebih pantas boleh tawarkan upah yang lebih tinggi berbanding yang disarankan supaya pemandu lebih tertarik untuk mengambil job ini.

Upah tambahan sebanyak RM1 hingga RM20 boleh diberikan dan pemandu dapat melihat amaun yang ditawarkan sebelum menerima job tersebut.

Pada sudut kos per kilometer, kami dapati yang AirAsia Ride lebih murah beberapa ringgit. Contohnya:

  1. Dari Mid Valley ke KLCC, Grab kenakan RM17 (Just Grab) manakala AirAsia Ride kenakan RM15.
  2. Dari Sunway Pyramid ke 1 Utama, Grab kenakan RM21 manakala AirAsia Ride RM18.

Setakat ini, kita masih belum tahu sama ada AirAsia akan kenakan harga surge semasa tempoh sibuk kepada pelanggan mereka.

Caj platform lebih rendah daripada Grab

AirAsia berbangga yang caj platform mereka lebih rendah daripada pesaing, 15% berbanding 20% yang biasanya dikenakan pengendali lain. Makanya, pemandu bakal nikmati perolehan lebih tinggi.

Tambahan pula, mereka mengalu-alukan pemandu daripada platform pesaing untuk menyertai mereka dan gunakan dua APP sekali gus tanpa masalah.

Pemandu AirAsia Ride semuanya dah lengkapkan program vaksin COVID-19

AirAsia cuma benarkan individu yang sudah lengkapkan program vaksinasi COVID-19 menyertai platform mereka. Pemandu juga diberikan kit ujian kendiri secara berkala bagi memastikan mereka bebas jangkitan.

Pemandu juga dibekalkan pensanitasi udara untuk kegunaan semasa bertugas. Setakat ini, AirAsia Ride miliki 5,000 pemandu dalam platform mereka. Servis ini ditawarkan di dalam Lembah Klang buat masa ini dan akan diperkembang daripada masa ke masa.

Gunakan kod promo untuk penjimatan

AirAsia Ride kini sedang adakan promosi hingga 30 September 2021. Apabila menempah kenderaan, anda boleh gunakan kod promo AARIDE3 untuk terima rebat RM3 ke atas bil perjalanan anda.

Anda boleh muat turun APP AirAsia di:

  • App Store
  • Google Play Store
  • Huawei AppGallery
Tags: AirAsiaairasia rideehailingGrab
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AirAsia Ride dilancarkan, pesaing Grab terbaru dan ini kelebihannya

AirAsia Ride dilancarkan, pesaing Grab terbaru dan ini kelebihannya

24 August 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER