• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar guna kad Debit di 7-Eleven & menangi hadiah bernilai sehingga RM400,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:34 pm
  • 24/08/2021
  • Komen
Bayar guna kad Debit di 7-Eleven & menangi hadiah bernilai sehingga RM400,000
Share on FacebookShare on Twitter

7-Eleven Malaysia, bekerjasama dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) pengendali skim kad MyDebit, mengadakan peraduan Wave & Menang.

Peraduan ini berlangsung selama 3 bulan, dari hari ini sehingga 22 November 2021. Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM400,000. Untuk menyertainya, anda hanya perlu belanja minimum RM25 dalam satu resit dan bayar menggunakan kad ATM MyDebit di 7-Eleven. Kemudian, imbas kod QR pada resit atau pergi ke borang peraduan Wave & Win di sini untuk menghantar penyertaan.



Seramai 33 orang pemenang akan diumumkan pada setiap bulan. Hadiah yang disediakan untuk peraduan ini ialah:

  1. Hadiah Utama – RM70,000 (3 pemenang)
  2. Hadiah Pertama – RM10,000 (9 pemenang)
  3. Hadiah Kedua – Samsung Galaxy S21+ 5G (9 pemenang)
  4. Hadiah Ketiga – Dyson Airwrap Styler Complete (18 pemenang)
  5. Hadiah Saguhati – Baucar e-Tunai My7E RM1,000 (60 pemenang)
View this post on Instagram

A post shared by 7-Eleven Malaysia (@7elevenmalaysia)

Menurut Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, melalui peraduan ini mereka mensasarkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kemudahan menggunakan kad ATM, yang juga berfungsi sebagai kad debit untuk membuat pembayaran.



Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee pula berkata, kad ATM MyDebit menyediakan pilihan pembayaran yang bersih dan selamat untuk digunakan masyarakat dalam pandemik Covid-19 ini.

Untuk peraduan ini, pastikan anda simpan resit asal sebagai bukti pembelian. Lebih banyak penyertaan yang dihantar, lebih tinggi peluang untuk menang. Ketahui maklumat lanjut mengenai peraduan ini di laman sesawang rasmi 7-Eleven, Facebook atau Instagram 7-Eleven Malaysia.

Tags: 7-Eleven
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Bayar guna kad Debit di 7-Eleven & menangi hadiah bernilai sehingga RM400,000

Bayar guna kad Debit di 7-Eleven & menangi hadiah bernilai sehingga RM400,000

24 August 2021
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN