• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sertai Garmin Run Club untuk melatih diri sebelum berlari di KLSCVM 2021

  • OLEH Najib
  • 6:02 pm
  • 25/08/2021
  • Komen
Sertai Garmin Run Club untuk melatih diri sebelum berlari di KLSCVM 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia baru-baru ini melancarkan program latihan ‘Garmin Run Club 21km’, sebuah siri latihan yang dicipta oleh Jurulatih Sah Garmin, Coach Faiz dan Coach Akashah. Mereka akan melatih peserta untuk mempersiapkan diri menyertai larian marathon.

Untuk menyertai program ini, bayaran yang dikenakan hanyalah RM50 dan pendaftaran dibuka dari 23 hingga 31 Ogos 2021. Latihan akan diadakan selama 12 minggu, mulai 1 September sehingga 20 November 2021.



Dalam latihan ini, peserta akan disiapkan untuk menyertai pelbagai jenis latihan, termasuk kategori marathon 21km. Latihan akan diadakan secara maya menerusi aplikasi Garmin Sports.

Pendaftaran untuk menyertai Garmin Run Club 21km boleh dilakukan menerusi laman web GRC. Maklumat lanjut turut boleh ditemui di laman web yang sama. Di akhir latihan, peserta yang lengkap 80% kedatangan akan menerima jersi eksklusif GRC dan baucar Garmin bernilai RM50.



Latihan ini sangat sesuai disertai bagi mereka yang ingin menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon Virtual Run 2021, yang akan berlangsung dari 20 hingga 28 November 2021.

Jika anda mencari jam kecergasan, Garmin kini mengadakan promosi sempena Hari Merdeka. Jam kecergasan Garmin, boleh dibeli dari serendah RM899. Model yang ditawarkan dalam promosi ini adalah Forerunner 245, Venu Sq, Fenix 6, dan Instinct.

Garmin juga telah melancarkan model baru, Forerunner 55 berharga RM960. Ia adalah jam kecergasan yang direka untuk pelari yang memerlukan peranti kecergasan yang lengkap dengan GPS terbina di dalam.

Tags: garmin
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Sertai Garmin Run Club untuk melatih diri sebelum berlari di KLSCVM 2021

Sertai Garmin Run Club untuk melatih diri sebelum berlari di KLSCVM 2021

25 August 2021
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER