• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fitbit Charge 5 semakin canggih, kini ada skrin AMOLED dan sensor EDA

  • OLEH Najib
  • 12:49 pm
  • 26/08/2021
  • Komen
Fitbit Charge 5 semakin canggih, kini ada skrin AMOLED dan sensor EDA
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Fitbit berjaya meletakkan dirinya sebagai peneraju gelang kecergasan apabila melancarkan Charge 4 dengan GPS terbina di dalam. Kini, Fitbit mengukuhkan kedudukan mereka dengan pelancaran Charge 5.

Charge 5 adalah gelang kecergasan dan penjejak kesihatan paling canggih dari Fitbit. Ia kini dinaik taraf dengan skrin berwarna dan ditambah sensor EDA, pertama di gelang Fitbit untuk memantau tahap tekanan minda.



Pembeli Charge 5 turut menerima akses kepada pelan Fitbit Premium percuma selama 6 bulan (bernilai RM234). Ia menyediakan laporan yang lebih mendalam, panduan untuk aktiviti serta lebih 500 kandungan berkaitan kecergasan, pemakanan dan banyak lagi.

Harga rasmi Fitbit Charge 5 di Malaysia ialah RM878 dan akan mula dijual pada 4 Oktober 2021 di pengedar sah Fitbit seperti All IT Hypermarket, Best Denki, Flash Gadgets, Harvey Norman, Timekeeper, Thunder Match serta di Stor Fitbit di Lazada dan Shopee. Tempahan awal boleh dibuat sekarang di laman web Fitbit Malaysia, tetapi tiada tawaran untuknya.



Terdapat tiga warna boleh dipilih untuk Charge 5 antara Hitam, Putih Emas dan Biru Besi.

Spesifikasi

Badan Charge 5 kini 10% lebih nipis berbanding Charge 4. Ia kini datang dengan skrin AMOLED berwarna berukuran 1.04-inci, dengan sokongan paparan sentiasa hidup. Ia juga lebih cerah untuk memudahkan dilihat di bawah cahaya matahari.

Hayat bateri tidak banyak beubah, boleh digunakan sehingga 7 hari dengan cas penuh. Dengan GPS aktif, ia boleh digunakan sehingga 5 jam secara berterusan.

Untuk kesihatan, Charge 5 boleh memantau tahap tekanan minda menerusia EDA, tahap oksigen dalam darah (SpO2), VO2 Max, kadar degupan jantung dan mengesan perubahan degupan jantung. Charge 5 juga dilengkapi pemantau tahap tidur, suhu kulit semasa tidur dan kadar bernafas.

Lebih canggih lagi, Charge 5 kini memiliki pemantau Electrocardiogram (ECG). Bagaimanapun ia hanya akan boleh digunakan di negara terpilih, dan Malaysia belum disenaraikan. Seperti Apple Watch, ia mengambil masa beberapa tahun sebelum diluluskan penggunaan di Malaysia.

Bagi aktiviti kecergasan, Charge 5 dilengkapi 20 mod kecergasan untuk dipantai. Ia boleh memantau degupan jantung 24/7 semasa bersukan, dan menghasilkan peta kecergasan dengan bantuan GPS terbina di dalam. Charge 5 juga kalis air sehingga 50 meter dalam, jadi boleh digunakan di kolan renang mahupun di dalam hujan.

Pengguna Charge 5 turut disajikan dengan pelbagai maklumat badan mereka secara harian menerusi “Health Metrics dashboard” dan “Daily Readiness Score” bagi memastikan badan sedia untuk aktiviti kecergasan.

Sebagai gelang pintar, Charge 5 boleh disambungkan ke telefon pintar iOS dan Android, dan memaparkan notifikasi serta menyokong membalas mesej. Ia juga ada penggera terbina di dalam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Fitbit Charge 5.

Tags: FitbitFitbit Charge 5
Najib

Najib

POPULAR

Fitbit Charge 5 semakin canggih, kini ada skrin AMOLED dan sensor EDA

Fitbit Charge 5 semakin canggih, kini ada skrin AMOLED dan sensor EDA

26 August 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN