• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 8 dilancar dengan skrin super, kamera super dan pengecas super

  • OLEH Najib
  • 12:05 pm
  • 27/08/2021
  • Komen
Huawei Nova 8 dilancar dengan skrin super, kamera super dan pengecas super
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Huawei Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar kelas pertengahan terbaru mereka, Huawei Nova 8. Sama seperti jangkaan kami, harganya lebih rendah berbanding Huawei Nova 7 5G tahun lepas, tetapi tak serendah yang disangka.

Telefon pintar Huawei Nova 8 dijual di Malaysia mulai hari ini, 27 Ogos 2021 dengan harga rasmi RM1,899. Ia datang dengan RAM 8GB dan storan 128GB, serta hanya satu warna iaitu Blush Gold.



Khas untuk pembeli terawal, Huawei menyediakan hadiah percuma berupa sekotak hadiah cenderahati, baucar eksklusif, dan storan awan Huawei Cloud 200GB selama sebulan. Ia diberikan, sementara stok masih ada.

Mereka yang berminat memiliki Huawei Nova 8, boleh mendapatkannya di Stor Huawei Experience, Stor Online Huawei Malaysia, Stor Huawei di Lazada dan Shopee, serta di Senheng.



Huawei turut mengumumkan berita baik untuk pengguna Huawei iaitu kemasukan Stor Online Huawei ke dalam aplikasi MyHuawei. Jualan kilat istimewa akan diumumkan di stor tersebut pada 4 hingga 6 September 2021. Peminat diminta menantikan tawaran menarik yang akan diumumkan kelak.

Spesifikasi

Tahun lepas, Huawei telah melancarkan Nova 7 5G 256GB pada harga RM1,999. Penurunan harga untuk Nova 8 telah dijangka kerana ia tiada 5G, storan lebih kecil 128GB dan pemproses kelas pertengahan.

Huawei kali ini menggunakan cip Kirin 820E sebagai penggerak utama Nova 8. Cip ini juga tiada sokongan 5G. RAM pula sebesar 8GB dan storan dalaman 128GB.

Tetapi di skrin, ia dinaik taraf kepada paparan OLED 90Hz, berukuran 6.57-inci HD Penuh. Malah, skrin ini melengkung di kedua belah sisinya.

Menggunakan modul kamera bujur di belakang, ia menempatkan kamera utama 64MP, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Di hadapan, ia dilengkapi kamera 32MP di dalam lubang kecil di atas skrin.

Bateri hanya 3,800mAh tetapi menyokong pengecasan lebih pantas SuperCharge 66W melalui USB-C. Tidak kelihatan speaker stereo padanya, malah ia juga tiada jek audio 3.5mm.

Seperti biasa, masih tiada aplikasi dan perkhidmatan Google di dalam Nova 8. Ia masih menggunakan sistem operasi EMUI 12, bukannya Harmony OS 2 yang telah digunakan di MatePad Pro 2021 dan MatePad 11.

Tags: Huaweihuawei nova 8
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Nova 8 dilancar dengan skrin super, kamera super dan pengecas super

Huawei Nova 8 dilancar dengan skrin super, kamera super dan pengecas super

27 August 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER