• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad Pro ada hadiah percuma bernilai RM1,747 & cabutan bertuah untuk pembeli terawal

  • OLEH Najib
  • 12:26 pm
  • 10/06/2021
  • Komen
Huawei MatePad Pro ada hadiah percuma bernilai RM1,747 & cabutan bertuah untuk pembeli terawal
Share on FacebookShare on Twitter

Tablet terbaru Huawei berkuasa tinggi, Huawei MatePad Pro 2021 kini boleh mula ditempah di Malaysia. Ia dikuasakan sistem operasi terbaru yang dihasilkan oleh Huawei sendiri, harmony OS 2.0

Huawei MatePad Pro 2021 akan dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM3,999. Tablet ini dilengkapi RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Tiada sambungan 5G padanya. Hanya satu warna iaitu Matte Grey, boleh didapati di Malaysia setakat ini



Sempena ketibaannya di Malaysia, Huawei menyediakan promosi untuk pembeli terawal. Dari 10 hingga 17 Jun 2021, tempahan Huawei MatePad Pro dalam waktu ini akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM1,747 iaitu:

  • M-Pencil 2nd Gen
  • Papan kekunci magnetik pintar
  • Beg galas klasik Huawei
  • 1-bulan akses VIP huawei Video
  • 3-bulan storan awan Huawei Cloud 50GB

Tempahan awal Huawei MatePad Pro boleh dibuat di kedai Huawei Experience, Stor Online Huawei, Lazada, Shopee dan Senheng. Tablet ini akan mula dijual di Malaysia pada 18 Jun 2021.



Harga ini adalah jauh lebih tinggi berbanding Huawei MatePad Pro 2020 ketika dilancarkan tahun lepas, iaitu RM2,399 sahaja. Tidak lama selepas itu, versi 5G dilancar dengan harga RM3,299.

Beli 1 & menang lagi 1

Di samping itu, semua pembeli Huawei MatePad Pro juga berpeluang untuk memenangi satu lagi tablet yang sama percuma, dalam peraduan cabutan bertuah ‘Buy & Win’. Hanya buat tempahan awal, jawab soalan dengan tepat dan muat naik bukti tempahan di laman peraduan Huawei MatePad Pro 2021 Lucky Draw.

Penyertaan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 17 Jun 2021, pukul 11.59 malam. Pemenang pula akan diumumkan di Facebook Huawei Mobile MY pada 21 Jun 2021, pukul 2 petang.

Spesifikasi

Tablet berkuasa tinggi Huawei kini diperbaharui dengan skrin lebih besar berukuran 12.6-inci, menggunakan paparan OLED 60hz serta resolusi tinggi 2560×1600. Ia dikuasakan cip Kirin 9000E serta digerakkan oleh sistem operasi Harmony OS 2.0.

Terdapat tiga kamera di belakangnya, gandingan kamera utama 13MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 3D. Kamera hadapan pula 8MP F2.0, terletak di tengah bingkai, supaya kedudukan muka di tengah ketika membuat panggilan video secara melintang.

Baterinya berkapasiti 10,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 40W, serta pengecasan wayarles 27W. Ia juga memiliki lapan pembesar suara dan empat mikrofon terbina di dalam. Tablet ini menerima storan tambahan menggubakan kad memori NM, dan menyokong rangkaian WiFi 6 serta Bluetooth v5.2 terbaharu

Huawei turut mengumumkan aksesori baru iaitu M-Pencil generasi kedua, serta papan kekunci khas buat tablet ini. Aplikasi Google masih tidak boleh dipasang di dalamnya, serta tiada perkhidmatan GMS boleh digunakan.

Tags: Huaweihuawei matepad pro
Najib

Najib

POPULAR

Huawei MatePad Pro ada hadiah percuma bernilai RM1,747 & cabutan bertuah untuk pembeli terawal

Huawei MatePad Pro ada hadiah percuma bernilai RM1,747 & cabutan bertuah untuk pembeli terawal

10 June 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN